awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LaLiga: Real Madrid pesta jaringan tanpa kelibat Kylian Mbappe
[TERKINI] RUU hadkan tempoh jawatan Perdana Menteri dibentang 19 Jan - PM Anwar
Menantu Hadi Awang didakwa sertai perhimpunan Kampung Sungai Baru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kad merah tidak patahkan semangat Muhammad Azam tampil prestasi terbaik

Bernama
Bernama
08/01/2023
08:43 MYT
Kad merah tidak patahkan semangat Muhammad Azam tampil prestasi terbaik
Muhammad Azam menganggap perkara berkenaan sebagai sesuatu yang mematangkan beliau sebagai pemain kebangsaan. - Facebook Football Association of Malaysia
SEPANG: Meskipun kecewa digantung dua perlawanan susulan dilayangkan kad merah ketika bertemu Vietnam di Hanoi baru-baru ini, insiden itu sedikitpun tidak mematahkan semangat pemain pertahanan skuad Harimau Malaya Muhammad Azam Azmi Murad.
Sebaliknya, pemain berusia 21 tahun itu menganggap perkara berkenaan sebagai sesuatu yang mematangkan beliau sebagai pemain kebangsaan sekali gus tekad untuk tidak mengulangi kesilapan tersebut pada masa akan datang.
Pemain Terengganu FC itu pada masa sama menjadikan pengajaran tersebut sebagai pembakar semangat bagi menebus kembali kesalahan sekiranya diberi peluang untuk beraksi menentang Thailand pada perlawanan separuh akhir kedua Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 di Bangkok, Selasa ini.
"Bagi saya benda ini pengalaman baharu untuk saya sebab saya tak pernah kena kad merah, jadi ia mematangkan saya.
"Kalau diberi peluang saya akan beri sepenuh hati dan tak beri Thailand jaringkan gol...kita nak buru gol dan pergi ke final," katanya ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.
Pemain kelahiran Pulau Pinang itu sebelum ini digantung dua perlawanan susulan satu insiden pada aksi Piala AFF 2022 berdepan Vietnam di Stadium My Dinh yang menyaksikan dia dilayangkan kad merah.
Dalam pada itu, Muhammad Azam turut berharap agar skuad Harimau Malaya dapat menampilkan permainan terbaik menentang Thailand di gelanggang keramat pasukan tuan rumah di Stadium Thammasat.
Skuad Harimau Malaya berlepas ke Bangkok hari ini untuk aksi timbal balik separuh akhir menentang skuad Gajah Perang dengan kelebihan satu gol selepas mencatat kemenangan tipis 1-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam semalam.
Sekiranya berjaya menjinakkan pasukan Thailand yang merangkul enam gelaran Piala AFF, skuad Harimau Malaya akan bertemu pemenang satu lagi aksi separuh akhir antara Vietnam dan Indonesia di pentas final pada 13 dan 16 Jan ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kad merah
#Muhammad Azam Azmi
#Piala AFF
#harimau Malaya
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan