MALAYSIA
Kad pengenalan palsu: Lebih 80 warga asing dihukum penjara, dikenakan denda
Pertuduhan mereka dibacakan secara berasingan pada prosiding yang bermula pada 11 pagi hingga 4.30 petang. - Gambar fail
KULAI: Seramai 84 individu mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas kesalahan menggunakan kad pengenalan orang lain dan kad pengenalan palsu sebagai dokumen pengenalan diri untuk bekerja di sebuah kilang di Taman Teknologi Johor, Senai pada Isnin lepas.
Majistret R. Salini menjatuhkan hukuman denda RM4,000 setiap seorang ke atas 83 tertuduh atau penjara tujuh bulan manakala seorang lagi dihukum penjara tujuh bulan dari tarikh tangkap, iaitu pada 17 Nov lepas.
Kesemua tertuduh terdiri daripada 66 wanita dan 18 lelaki warga Filipina serta Indonesia termasuk seorang individu yang mendakwa dirinya sebagai warga tempatan, berusia lingkungan 18 hingga 53 tahun.
Pertuduhan mereka dibacakan secara berasingan pada prosiding yang bermula pada 11 pagi hingga 4.30 petang.
Berdasarkan fakta kes, semakan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dalam operasi pemeriksaan yang dijalankan pada Isnin mendapati maklumat pada salinan kad pengenalan tidak merujuk kepada tertuduh selain terdapat cap ibu jari dan nombor kad pengenalan yang tidak wujud atau tidak pernah dikeluarkan oleh agensi itu.
Mereka didakwa mengikut Peraturan 25(1)(e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda RM20,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Seramai 20 tertuduh diwakili peguam Jihad Syahida Nadia Zakaria manakala Norasykin Md Jabarulla mewakili 30 tertuduh dan bakinya diwakili peguam Sharmaine Fairuz Mohd Zulkifli daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan.
Terdahulu, kesemua tertuduh memohon hukuman minimum atas pelbagai alasan termasuk ibu tunggal, mempunyai anak kecil, bekerja kilang dan pesalah kali pertama manakala Pegawai Pendakwa JPN Zulkarnain Ahmad berhujah penyalahgunaan kad pengenalan boleh menjejaskan keselamatan negara selain memberi implikasi terhadap aspek ekonomi serta politik.
"Justeru, kami memohon hukuman berat sebagai pengajaran bukan sahaja kepada tertuduh tetapi juga kepada masyarakat bagi mengelakkan pengulangan kesalahan sama," katanya.
Pendakwaan turut dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa JPN iaitu Mohd Ramzi Adnan, Noorlelawathi Man, Izzul Zakwan Zulkeflee, Nurul Nadiah Zainal Abidin dan Mohd Shazlan Hafizi Mat Yaacob.
-- BERNAMA