NATIONAL

Kad prabayar: Hanya Shabery boleh buat pengumuman - Najib

Astro Awani 01/05/2015 | 08:15 MYT
NAJIB: Kad prabayar: Hanya Shabery boleh buat pengumuman - Gambar fail
Hanya Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek diberi kuasa untuk mengumumkan kepada rakyat sebarang perkembangan terkini mengenai isu kad prabayar yang menjadi kontroversi akhir-akhir ini.
Melalui catatan terbaharu di laman Twitter Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, amanah yang diberikan kepada Ahmad Shabery itu hanya melibatkan isu kad prabayar sahaja.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pada Jumaat, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan menasihatkan syarikat telekomunikasi (telco) di negara ini agar mengembalikan harga kad prabayar seperti sebelum Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) ke atas harga isian semula seperti diputuskan dalam mesyuarat kabinet pada 3 April lalu.
Jelasnya, tiada kenaikan harga seharusnya berlaku memandangkan cukai 6% GST hanya menggantikan 6% SST.
Sementara itu, Shabery di laman Twitternya memberitahu akan segera berjumpa dengan pihak berkenaan untuk mendapatkan keputusan yang terbaik untuk semua.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sebelum ini Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Ibdilillah Ishak dilaporkan berkata, Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) disifatkan tidak mengikut arahan Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (JKDM) dalam isu percanggahan keputusan harga kad prabayar selepas satu bulan pelaksanaan GST.
Tegasnya, situasi itu sekali gus menjadikan masyarakat dilihat semakin keliru dengan 'pergaduhan' di antara SKMM dan JKDM yang merupakan pengawal selia pelaksanaan GST sejak 1 April lalu.
#najib #shabery #SKMM #Twitter