MALAYSIA
KADA sumbang 9.5 peratus beras putih negara tahun lepas
Khalid berkata KADA akan terus memperkukuh kapasiti pengeluaran padi menerusi pendekatan bersepadu. - Gambar fail/Bernama
KOTA BHARU: Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) menyumbang 199,238 tan metrik beras putih atau 9.5 peratus kepada keperluan negara tahun lepas, meningkat berbanding 143,773 tan metrik pada tahun sebelumnya.
Pengerusinya Khalid Abd Samad berkata peningkatan itu mencerminkan keberkesanan pelaksanaan pelbagai inisiatif penambahbaikan, termasuk pengurusan tanaman yang lebih sistematik, penggunaan input pertanian secara efisien serta sokongan infrastruktur yang diperkukuh.
"Ia menunjukkan keupayaan KADA untuk terus memperkukuh sumbangan kepada bekalan beras negara. Bagi tahun ini, kita menyasarkan peningkatan sumbangan sekurang-kurangnya pada kadar 11 peratus," katanya kepada pemberita selepas Majlis Amanat Tahun Baharu KADA 2026 di Ibu Pejabat KADA di sini hari ini.
Selain sektor padi, beliau berkata 2025 turut mencatat kejayaan dalam sektor bukan padi dengan penglibatan 426 peserta melibatkan peruntukan berjumlah RM73.78 juta bagi pembangunan usahawan tani di bawah seliaan KADA.
Khalid berkata KADA akan terus memperkukuh kapasiti pengeluaran padi menerusi pendekatan bersepadu yang menumpukan kepada peningkatan produktiviti, pemodenan amalan pertanian, penerapan teknologi pintar serta pengurusan sumber air yang cekap dan lestari.
Khalid berkata pendekatan itu bukan sahaja bertujuan mengurangkan kebergantungan kepada import beras malah menjadi asas penting dalam memperkukuh kedaulatan makanan negara secara mampan bagi jangka sederhana dan panjang.
"Dalam usaha memperluaskan kawasan tanaman padi, KADA merancang mengusahakan semula 242 hektar tanah terbiar di Tumpat melalui kerjasama dengan Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Kelantan.
"Kita juga akan melaksanakan tanaman padi di kawasan seluas 60 hektar tanah sawah yang dimasuki air masin di Kampung Simpangan, Tumpat serta mengenal pasti kawasan sawah di sekitar Machang untuk diusahakan di bawah seliaan KADA," katanya.
Beliau berkata kemudahan Projek Pembinaan Stesen Pam Kemubu 3 dan 4 yang dijangka mula beroperasi bulan depan, selain kerja pengukuhan tebing serta penambahbaikan cerucuk yang sedang dilaksanakan, diyakini dapat mengatasi masalah kekurangan bekalan air di sawah pada musim kemarau tahun ini.
Sementara itu, Khalid memaklumkan KADA menerima peruntukan RM317 juta menerusi Rancangan Malaysia Ke-13 bagi melaksanakan 19 projek pembangunan, merangkumi 18 projek baharu dan satu projek sambungan.
Beliau berkata peruntukan itu dirangka secara strategik bagi menyokong mandat KADA dalam memperkukuh rantaian makanan negara, sejajar dengan keperluan meningkatkan daya tahan sistem makanan berdepan ketidaktentuan pasaran global, perubahan iklim serta tekanan geopolitik.
-- BERNAMA