awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kadar kitar semula Malaysia meningkat kepada 33.17 peratus pada 2022

Bernama
Bernama
04/12/2022
05:57 MYT
Kadar kitar semula Malaysia meningkat kepada 33.17 peratus pada 2022
Pelaksanaan EPR bukan sahaja dapat mengurangkan beban kewangan kerajaan dalam menguruskan sisa pepejal, tetapi juga akan mendorong pengeluar mengurangkan sisa di punca.- Gambar hiasan/BERNAMA
ARAU: Kadar kitar semula kebangsaan pada tahun 2022 meningkat kepada 33.17 peratus dengan jumlah barangan kitar semula mencecah 4.626 juta tan.
Pengerusi SWCorp Datuk Rizalman Datuk Mokhtar berkata kadar peningkatan tersebut selari dengan sasaran kadar kitar semula yang ditetapkan di dalam Rancangan Malaysia Ke-12 iaitu sebanyak 40 peratus menjelang tahun 2025.
"Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang merangka dasar pengurusan pepejal ke arah ekonomi kitaran yang menekankan amalan 'Penggunaan dan Produksi Mampan'.
"Ke arah pengurusan sisa pepejal yang lebih cekap, yang dapat mengurangkan kos pengurusan sisa pepejal yang semakin meningkat, malah dapat mengurangkan impak negatif kepada sosial dan alam sekitar," katanya ketika berucap Majlis Apresiasi Keluarga 3R Sempena Hari Kitar Semula Kebangsaan (HKSK) 2022 malam tadi.
Rizalman berkata KPKT juga kini dalam proses membangunkan Rangka Kerja Pelaksanaan EPR Sisa Pepejal di Malaysia, untuk mengenakan tanggungjawab kepada pegeluar bagi produk yang dihasilkan sehingga peringkat pasca pengguna.
Beliau berkata EPR merupakan pendekatan dasar yang meletakkan tanggungjawab kepada pengeluar untuk merawat dan melupuskan produk yang telah diguna melalui tindakan kendiri atau sumbangan kewangan.
"Pelaksanaan EPR bukan sahaja dapat mengurangkan beban kewangan kerajaan dalam menguruskan sisa pepejal, tetapi juga akan mendorong pengeluar mengurangkan sisa di punca dan menggalakkan pengeluaran produk mesra alam," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kitar semula
#SWCorp
#kadar kebangsaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan