awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kadar minimum skim bencana pekerjaan PERKESO dinaikkan

Bernama
Bernama
19/12/2013
23:51 MYT
Kadar minimum skim bencana pekerjaan PERKESO dinaikkan
Kadar minimum Skim Bencana Pekerjaan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dinaikkan daripada RM10 sehari kepada RM30 sehari, berkuat kuasa 1 Jan depan.
Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Ismail Abd Mutalib berkata seramai 42,925 penerima faedah PERKESO di bawah skim berkenaan akan menikmati kadar baharu itu.
Beliau berkata jumlah tersebut melibatkan 24,239 penerima Faedah Hilang Upaya Sementara, 9,945 penerima Faedah Hilang Upaya Kekal dan 8,741 penerima Faedah Orang Tanggungan.
Kelulusan kenaikan pembayaran kadar minimum ini berdasarkan kepada Warta Kerajaan Persekutuan P.U (A) 357 Peraturan-peraturan Keselamatan Sosial Pekerja (Kadar Harian Faedah Minimum) (Pindaan) 2013 yang diluluskan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot pada 12 Dis 2013.
"Kadar bayaran harian minimum RM10 sekarang telah dilaksanakan sejak 1 Jan 1999," katanya dalam kenyataan di sini Khamis.
Ismail berkata kenaikan itu juga sebagai langkah berterusan kerajaan dalam memastikan kesejahteraan masyarakat pekerja sentiasa diberi perhatian, selain seiring dengan pelaksanaan dasar gaji minimum yang juga akan berkuat kuasa pada 1 Jan 2014.
Ia juga bagi mengimbangi kenaikan kadar Pencen Minimum di bawah Skim Pencen Ilat sebanyak RM475 yang berkuat kuasa pada 1 Jan 2012, katanya.
Topic Berkaitan
#Datuk Ismail Abd Mutalib
#perkeso
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan