KUALA LUMPUR: Kadar pengangguran golongan belia turun satu peratus kepada 10.1 peratus pada suku pertama tahun ini berbanding 11.1 peratus pada suku pertama tahun sebelumnya.
Timbalan Menteri Sumber Manusia Mustapha Sakmud berkata kadar pengangguran yang tinggi dalam kalangan belia itu dilihat sebagai fenomena global yang dihadapi oleh kebanyakan negara di seluruh dunia.
"Ia mengambil kira kumpulan umur ini berada di dalam proses transisi daripada alam pengajian kepada pasaran pekerjaan seterusnya melalui proses untuk mendapatkan pekerjaan.
"Untuk itu kerajaan akan terus merangka dan melaksanakan pelbagai inisiatif merentasi kementerian dan agensi bagi membantu mengurangkan kadar pengangguran secara keseluruhannya termasuk dalam kalangan belia di bandar dan di luar bandar," katanya semasa sesi soal jawab di Dewan Rakyat di sini hari ini.
Beliau menjawab pertanyaan Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau) mengenai usaha kerajaan untuk menangani masalah pengangguran belia kerana pekerjaan tidak setimpal dengan bidang pengajian, kekurangan bakat dan isu kualiti dan kuantiti pekerjaan.
Menurutnya Kementerian Sumber Manusia (KSM) melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) turut mempergiatkan beberapa program bagi menggalakkan tenaga kerja termasuk kalangan belia antaranya melalui platform MyFutureJobs yang menyediakan lebih satu juta kekosongan jawatan dan 148,000 kekosongan jawatan profesional.
Selain itu, Mustapha berkata sebanyak 1,366 siri karnival kerjaya telah dilaksanakan di seluruh negara dan sehingga kini seramai 21,740 pencari kerja telah berjaya mendapatkan penempatan pekerjaan dengan 78.1 peratus daripadanya adalah golongan belia.
Sementara itu, mengenai prestasi graduan Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) dalam industri, beliau berkata sejumlah 99 peratus majikan berpuas hati dengan kualiti dan prestasi pelajar berdasarkan statistik penilaian majikan yang dijalankan.
"KSM turut mempergiat usaha mengadakan program melalui Talent Corp dengan fokus pembangunan, kebolehpasaran bakat muda negara melalui sinergi dan kerjasama merentasi kementerian, jabatan, agensi kerajaan serta institusi pengajian tinggi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 07 2023

Timbalan Menteri Sumber Manusia Mustapha @ Mohd Yunus Sakmud ketika sesi soal jawab pada Persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA

Banjir: Satu PPS dibuka di daerah Kubang Pasu
Satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka malam ini di daerah Kubang Pasu bagi menempatkan 21 mangsa banjir daripada enam keluarga.
Umpama mimpi jadi kenyataan buat anak yatim Iraq
Yayasan Rumah Iraq untuk Kreativiti ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang ditubuhkan pada tahun 2004 dengan tujuan untuk melindungi kanak-kanak gelandangan dan anak yatim di Baghdad.
Pasukan SAR teruskan usaha mencari mayat
Pasukan mencari dan menyelamat dari Libya dan Algeria meneruskan usaha mencari mayat mangsa banjir besar selepas dua empangan pecah pada dua minggu lepas.

Kolokium Timbang Tara Antarabangsa London himpun pakar undang-undang bincang kes Sulu
Kolokium itu membawa bersama ilmu dan pengalaman rakan-rakan persidangan untuk menyampaikan penilaian akademik secara mendalam akan impak kes Sulu.

Piala Malaysia: Perak FC layak ke separuh akhir
Perak FC layak ke separuh akhir Piala Malaysia biarpun menang tipis 1-0 berdepan Sabah FC pada aksi suku akhir kedua piala berprestij itu di Stadium Perak, malam ini.
30 kumpulan koir akan menyanyi di Pesta Antarabangsa Samaa
Perayaan lagu tahunan yang bermula pada Jumaat nanti akan berlangsung di North Wall Theatre di Kaherah.
EU bimbang pengambil alihan booking jejas pasaran
Kesatuan Eropah (EU) pada Isnin mengambil keputusan untuk menyekat agensi pelancongan dalam talian terkemuka Amerika Syarikat, Booking holdings daripada mengambil alih syarikat tempahan penerbangan Sweden, Etraveli Group.
Keputusan itu adalah bagi melindungi pasarannya yang mana pengambil alihan Booking dapat menggugat pasarannya di Eropah dan menjadi lebih dominan di rantau itu.
Keputusan itu adalah bagi melindungi pasarannya yang mana pengambil alihan Booking dapat menggugat pasarannya di Eropah dan menjadi lebih dominan di rantau itu.
Ketua mafia Messina Denaro meninggal dunia
Ketua Mafia yang paling dikehendaki di Itali, Matteo Messina Denaro yang diberkas pada Januari selepas menjadi pelarian selama 30 tahun meninggal dunia.
Polis kutip RM302 juta, Januari hingga Ogos
Polis merekodkan kutipan kompaun lebih RM300 juta membabitkan 3.8 juta saman bagi lapan bulan pertama tahun ini.
17,241 kenderaan perdagangan diperiksa dalam 4 hari
Sebanyak 17,241 kenderaan perdagangan diperiksa bagi tempoh empat hari Op Khas Kenderaan Perdagangan dilaksanakan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman seluruh negara.

Dituduh hisap vape: Ikmal Hisham pertimbang saman jurugambar PM
Satu laporan polis berhubung perkara itu juga akan dibuat oleh pegawainya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi petang ini.

Tiada lafaz "Wallahi, Wabillahi, Watallahi" ketika angkat sumpah Ahli Parlimen - Fahmi
Kalimah "Wallahi, Wabillahi, Watallahi" sememangnya tidak dilafazkan ketika majlis angkat sumpah Ahli Parlimen.

Ikmal Hisham nafi dakwaan hisap vape dalam Dewan Rakyat
Ikmal Hisham Abdul Aziz menafikan dakwaan menghisap rokok elektronik atau vape dalam Dewan Rakyat selepas gambar beliau memegang objek berbentuk silinder pada mulutnya tular di media sosial.

Majlis Setiausaha-Setiausaha Politik gesa Radzi Jidin dikenakan tindakan
Majlis Setiausaha-Setiausaha Politik Kerajaan Madani berpendirian bahawa Mohd Radzi mesti dihukum atas kenyataan jahat yang dibuat terhadap Perdana Menteri.

'Saya pantang orang tak bercakap benar' - Radzi Jidin
Mohd Radzi berkata beliau hanya kerana mahu mempertahankan maruah selain menyifatkan pantang dengan manusia tidak jujur.

Dewan Rakyat kecoh, ahli Parlimen pembangkang 'angkat kaki'
Ahli-ahli Parlimen blok pembangkang bertindak meninggalkan Dewan Rakyat setelah bertikam lidah ketika sesi penggulungan Kajian Separuh Penggal (KSP) RMK12 oleh Perdana Menteri.

Parlimen: DNAA kes Zahid keputusan Peguam Negara, saya tidak campur tangan - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa keputusan melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dibuat oleh Peguam Negara atas 11 alasan yang dikemukakan.

PM Anwar beri jaminan rasionalisasi subsidi tidak akan bebankan rakyat
Jelas Anwar, tindakan penyesuaian itu akan mengambil kira golongan berpendapatan menengah dan rendah.

Parlimen: Jangan masuk Dewan merengek-rengek beritahu 'hearsay' - Fadhlina
Fadhlina Sidek mengakui mungkin ada kelewatan di sana-sini, namun kementerian tidak pernah menghentikan pembangunan.

Pengasingan kuasa: Cadangan RUU Perkhidmatan Parlimen terima reaksi positif
Dasar dan kerangka cadangan Rang Undang-Undang Perkhidmatan Parlimen 2023 yang kini dalam peringkat penggubalan mendapat reaksi positif daripada Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara.