awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia melonjak 1.4 peratus, cecah paras tertinggi baharu sejak pertengahan Okt 2018
Tiada pertindihan aplikasi dalam pelepasan melalui autogate kod QR - KP Imigresen
Ringgit ditutup pada paras 3.96 berbanding dolar AS untuk kali pertama sejak 2018
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kadar pengangguran kekal tiga peratus pada Okt 2025 - DOSM

Bernama
Bernama
10/12/2025
08:30 MYT
Kadar pengangguran kekal tiga peratus pada Okt 2025 - DOSM
Mohd Uzir berkata pasaran buruh negara menunjukkan penambahbaikan berterusan, didorong aktiviti ekonomi yang rancak dengan pertumbuhan guna tenaga kukuh. - Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Kadar pengangguran pada Oktober 2025 kekal tiga peratus, mencatatkan 518,900 penganggur, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ringkasan AI
  • Kadar pengangguran di Malaysia pada Oktober 2025 kekal stabil pada tiga peratus, dengan 518,900 penganggur, menurut DOSM.
  • Pertumbuhan ekonomi yang kukuh mendorong peningkatan tenaga buruh, dengan bilangan penduduk bekerja meningkat 0.2 peratus kepada 17.06 juta orang.
  • Prospek pasaran buruh negara dijangka terus positif dan berdaya tahan, disokong oleh pertumbuhan ekonomi sederhana dan pelaburan strategik.

Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata pasaran buruh negara menunjukkan penambahbaikan berterusan, didorong aktiviti ekonomi yang rancak dengan pertumbuhan guna tenaga kukuh dan kadar pengangguran kekal rendah.
"Sehubungan itu, tenaga buruh meneruskan momentum peningkatannya, naik 0.2 peratus bulan ke bulan kepada 17.58 juta orang berbanding 17.54 juta orang pada September. Kadar penyertaan tenaga buruh Oktober kekal 70.9 peratus, seperti yang direkodkan pada September 2025," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Uzir berkata bilangan penduduk bekerja terus meningkat pada Oktober 2025, merekodkan pertambahan 0.2 peratus kepada 17.06 juta orang daripada 17.03 juta orang yang dicatatkan bulan sebelumnya.
"Pada masa yang sama, bilangan penganggur naik sedikit 0.1 peratus kepada 518,900 orang berbanding 518,600 orang pada September 2025," katanya.
Mohd Uzir berkata kategori pekerja merangkumi 74.8 peratus daripada jumlah penduduk bekerja pada Oktober dan kumpulan ini meningkat sedikit, iaitu 0.1 peratus kepada 12.76 juta orang berbanding 12.74 juta orang pada bulan sebelumnya.
"Begitu juga bilangan penduduk bekerja sendiri bertambah 0.4 peratus kepada 3.25 juta orang, berbanding 3.24 juta orang pada September," katanya.
Beliau berkata bilangan penduduk bekerja kurang daripada 30 jam seminggu terus menurun, susut sebanyak 1.4 peratus kepada 233,200 orang pada Oktober 2025 dengan bulan sebelumnya berjumlah 236,500 orang.
"Sehubungan itu, bilangan penduduk bekerja kurang daripada 30 jam seminggu serta mampu dan sanggup menerima tambahan jam atau diklasifikasikan sebagai guna tenaga tidak penuh berkaitan masa juga berkurang 1.7 peratus kepada 126,400 orang, merekodkan kadar guna tenaga tidak penuh berkaitan masa 0.7 peratus berbanding September 128,600 orang," katanya.
Mohd Uzir berkata prospek pasaran buruh Malaysia pada bulan-bulan yang akan datang dilihat akan terus positif dan berdaya tahan, disokong oleh pertumbuhan ekonomi yang sederhana, pelaburan strategik, serta pembangunan modal insan.
-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#kadar pengangguran
#Oktober 2025
#Jabatan Perangkaan Malaysia
#Mohd Uzir Mahidin
#DoSM
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan