MALAYSIA
Kadar pengangguran negara rendah beri isyarat positif - PMO
Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah ketika menyampaikan taklimat harian Pejabat Perdana Menteri (PMO) yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook Anwar Ibrahim hari ini. - Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Kadar pengganguran negara yang kini berada pada paras terendah dalam tempoh 11 tahun, iaitu 2.9 peratus memberi isyarat positif terhadap kedudukan pasaran pekerjaan.
Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata ia antara lain menunjukkan keupayaan ekonomi untuk terus menyokong peluang pendapatan rakyat.
"Selain itu, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) telah mengumumkan Anggaran Awalan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Suku Keempat 2025 berkembang sebanyak 5.7 peratus.
"Ia sekali gus membawa pertumbuhan keseluruhan tahun 2025 kepada sekitar 4.9 peratus, mengatasi unjuran rasmi Kerajaan antara 4.0 hingga 4.8 peratus," katanya pada taklimat harian Pejabat Perdana Menteri (PMO) yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook Anwar Ibrahim hari ini.
Katanya lagi, dalam persekitaran global yang mencabar, termasuk tekanan luaran terhadap perdagangan, langkah-langkah penyesuaian dasar serta pembaharuan ekonomi yang dilaksanakan kerajaan telah membantu mengekalkan kestabilan ekonomi domestik dan melindungi kepentingan rakyat.
Selain itu, pendekatan bantuan dan subsidi yang lebih bersasar terus memberi sokongan kepada kuasa beli golongan yang memerlukan.
"Di samping itu, pengukuhan hubungan dua hala dan pelbagai hala dengan rakan antarabangsa turut menyumbang kepada keyakinan pelabur serta kesinambungan aktiviti perdagangan dan pelaburan.
"Insya-Allah, kerangka Ekonomi MADANI akan terus menjadi asas kepada pengurusan ekonomi negara, dengan penekanan kepada pertumbuhan yang seimbang, berdaya tahan dan berpaksikan kesejahteraan rakyat," ujarnya.