KUALA LUMPUR: Kadar rizab margin tenaga di Semenanjung bagi tahun 2024 hingga 2030 diunjurkan antara 28 hingga 36 peratus, iaitu berada atas paras minimum yang mampu untuk menampung permintaan bekalan elektrik sekiranya berlaku gangguan bekalan di mana-mana loji janakuasa.
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata tahap rizab margin tenaga itu akan dikekalkan sebagaimana perancangan Jawatankuasa Perancangan Pelaksanaan dan Pembekalan Elektrik dan Tarif (JPPPET) bagi memastikan kos pembekalan elektrik yang mampu dibayar oleh pengguna.
"Rizab tenaga yang ditetapkan (diunjur) ini merangkumi bekalan elektrik yang dijana dari loji-loji janakuasa yang dikendalikan syarikat-syarikat penjana tenaga dari sumber gas, arang batu dan tenaga boleh baharu.
"Pembekalan elektrik daripada syarikat-syarikat penjana tenaga dari sumber fosil dan bukan fosil ini pastinya akan mewujudkan kepelbagaian sumber bagi penjanaan bekalan elektrik agar keselamatan sistem bekalan elektrik negara sentiasa terjamin," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Datuk Seri Amirudin Shari (PH-Gombak) yang ingin tahu unjuran peningkatan keperluan tenaga bagi menampung permintaan industri dan pengangkutan elektrik, serta adakah kerajaan bersedia memberi peluang kepada syarikat lain untuk terlibat dalam sektor tenaga agar rizab tenaga negara ditingkatkan.
Akmal Nasrullah berkata JPPPET yang ditubuhkan untuk menentukan perancangan pembekalan tenaga serta hala tuju industri bekalan elektrik negara merupakan usaha kerajaan bagi memastikan sumber tenaga elektrik negara dapat dibekalkan dengan mencukupi, secara lestari dan pada kadar harga yang mampu ditanggung oleh pengguna.
Beliau berkata dalam mesyuarat JPPPET pada 24 Nov tahun lepas, unjuran keperluan tenaga bagi menampung permintaan pengguna bekalan elektrik di Semenanjung termasuk permintaan industri serta pengangkutan elektrik telah dibincang dan diluluskan.
"Sebagai contoh, unjuran permintaan bekalan elektrik di Semenanjung bagi tahun ini adalah 19,480 megawatt (MW) dan kita jangkakan menjelang tahun 2030, ia akan cecah 20,049MW iaitu peningkatan sekitar 2.9 peratus," katanya.
Menurutnya antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan unjuran itu adalah peningkatan kegiatan ekonomi, perkembangan industri seperti kemasukan pusat data, pengoperasian semula aktiviti ekonomi dan sosial pascapandemik COVID-19 dan peningkatan unjuran kenderaan elektrik.
Menjawab soalan tambahan Amirudin mengenai sejauh mana Malaysia bersedia dari segi tenaga jika banyak syarikat luar terutama dalam sektor pembuatan semi konduktor memilih untuk melabur dalam negara berikutan perang perdagangan antara China dan Amerika Syarikat, Akmal Nasrullah berkata beliau yakin JPPPET akan menyemak semula permintaan tenaga yang diperlukan.
"Mesyuarat JPPPET ini lazimnya diadakan setahun sekali dan selain menentukan perancangan pembekalan tenaga elektrik serta hala tuju industri bekalan negara, ia juga untuk menentukan dasar mengenai campuran bahan api untuk kegunaan sektor elektrik agar sumber tenaga negara dapat digunakan secara optimum," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 18 2024
Akmal Nasrullah berkata tahap rizab margin tenaga itu akan dikekalkan sebagaimana perancangan JPPPET bagi memastikan kos pembekalan elektrik yang mampu dibayar oleh pengguna - Gambar Bernama
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) mengambil keputusan secara rasmi menarik diri daripada gabungan politik Perikatan Nasional (PN).
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Singapura mahu kukuhkan perkongsian, majukan kepentingan negara, kata PM baharu
Wong berkata kerajaannya akan memperkukuhkan perkongsian "dekat dan jauh" sambil memajukan kepentingan negara di tengah-tengah persaingan dan ketegangan yang meningkat di arena antarabangsa.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 Mei 2024.
Kargo udara global catat pertumbuhan berganda pada Mac - IATA
Industri kargo udara global mencatatkan 23.1 bilion tan kargo kilometer (CTK) pada Mac, mewakili pertumbuhan 10.3 peratus dari tahun ke tahun, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
Kerjasama dua hala India-Malaysia bergantung kepada kepercayaan, kebolehpercayaan bersama - Menteri Luar
Memupuk kepercayaan dan kebolehpercayaan bersama sebagai asas untuk kerjasama dua hala antara India dan Malaysia adalah sangat penting, kata Menteri Luar India, Dr S. Jaishankar.
Akta Syarikat (Pindaan) 2024 berkuat kuasa 1 April - Armizan
Akta Syarikat (Pindaan) 2024 akan dikuatkuasakan pada 1 April ini selepas diwartakan pada 2 Feb, kecuali empat seksyen dalam akta berkenaan.
Kadar rizab tenaga di Semenanjung diunjur 28-36 peratus bagi tahun 2024-2030
Kadar rizab margin tenaga di Semenanjung bagi tahun 2024 hingga 2030 diunjurkan antara 28 hingga 36 peratus.
LADA sasar ketibaan tiga juta penumpang ke Langkawi tahun ini
Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) menyasarkan untuk meningkatkan ketibaan penumpang ke Langkawi kepada tiga juta tahun ini, selepas mencapai kira-kira 2.82 juta ketibaan penumpang pada 2023.
Jumlah pelancong Turki ke Malaysia meningkat 10.8 peratus
Jumlah pelancong Turkiye yang datang ke Malaysia dari Januari hingga November 2023 menunjukkan peningkatan sebanyak 10.8 peratus atau 15,623 orang berbanding 14,096 bagi tempoh sama pada 2019.
UMNO junjung kasih kepada Al-Sultan Abdullah
UMNO menjunjung kasih kepada Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang telah menyempurnakan tempoh pemerintahan Seri Paduka sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, hari ini.
PM yakin rakyat rasai hikmah keadilan dan kebijaksanaan Al-Sultan Abdullah
Anwar yakin bahawa seluruh rakyat merasai hikmah keadilan dan kebijaksanaan Al-Sultan Abdullah dalam memastikan keamanan dapat dinikmati oleh semua sepanjang pemerintahan Seri Paduka.