Kadar tambang baharu teksi diteruskan - Nancy Shukri

Bernama
Mac 23, 2015 12:54 MYT
NANCY: Tambang baharu untuk perkhidmatan teksi seperti mana yang telah diumumkan pada 19 Mac akan diteruskan pelaksanaannya. - Gambar Fail
Pelaksanaan tambang baharu perkhidmatan bas ekspres dan rel kini ditunda manakala tambang baharu teksi diteruskan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri hari ini.
Beliau berkata penundaan itu hingga ke suatu tarikh yang belum ditetapkan, diputuskan mesyuarat jemaah menteri pada Jumaat lepas.
"Tambang baharu untuk perkhidmatan teksi seperti mana yang telah diumumkan pada 19 Mac akan diteruskan pelaksanaannya," kata menteri itu dalam satu kenyataan di sini.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) di talian 03-27267000 atau emel ke communications@spad.gov.my.
Khamis lepas, Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar mengumumkan bahawa tambang teksi dan kereta sewa naik antara 20 hingga 67 peratus manakala tambang bas ekspres naik 22.6 peratus bermula 15 Mei.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kemudian meminta SPAD menangguhkan pelaksanaan kadar tambang baharu pengangkutan awam itu.
#Ahmad Azmi Abd Majid #bas ekspres #Nancy Shukri #Persatuan Pemandu Teksi dan Kereta Sewa Bandaraya Shah Alam #SPAD #Syed Hamid Albar #tambang #teksi