MALAYSIA
Kadar tambang LRT, Monorel dan bas Rapid baru sedang disemak semula - Prasarana

Syarikat Prasarana Malaysia Berhad dijangka mengumumkan kadar tambang baru bagi perkhidmatan LRT, Monorel serta Bas Rapid pada minggu hadapan.
Syarikat Prasarana Malaysia Berhad dijangka mengumumkan kadar tambang baru bagi perkhidmatan LRT, Monorel serta Bas Rapid pada minggu hadapan.
Presidennya, Datuk Azmi Abdul Aziz berkata Prasarana ketika ini dalam proses menyemak semula kadar tambang baru yang akan diperkenalkan tidak lama lagi.
Menurut Azmi, semakan semula yang turut membabitkan perbincangan dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tidak bermaksud kadar tambang baru akan meningkat secara langsung.
"Kadar tambang yang disemak semula masih belum diumumkan dan ia bukan peningkatan (tambang) secara langsung.
"Kita perlu tunggu pada masanya apabila kami umumkan bersama SPAD yang merupakan pihak berkuasa dalam hal kadar tambang.| kata Azmi pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Stesen LRT Bank Rakyat Bangsar di bawah Program Hak Penamaan Stesen Prasarana di ibu negara pada Isnin.
Ia menurut Azmi sejajar dengan aspirasi kerajaan untuk mencapai sasaran penggunaan pengangkutan awam sebanyak 40 peratus menjelang 2030.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami