MALAYSIA

Kadar tol di 10 lebuh raya kekal, tiada kenaikan - Fahmi

Umavathi Ramayah 18/12/2025 | 09:00 MYT
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil bercakap pada sidang media mingguan di Auditorium Seri Angkasa hari ini. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
PUTRAJAYA: Sebanyak 10 konsesi lebuh raya tidak akan mengalami kenaikan kadar tol tahun depan.


Ringkasan AI
  • 10 konsesi lebuh raya tidak akan mengalami kenaikan kadar tol pada tahun depan, keputusan yang dibuat selepas Mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu.
  • Kerajaan akan menanggung implikasi kewangan yang terlibat dalam penangguhan kenaikan tol tersebut, dengan penjelasan lanjut akan diumumkan oleh Kementerian Kerja Raya.
  • Langkah penangguhan kenaikan kadar tol ini telah diambil sebelum ini bagi melindungi pengguna lebuh raya, dengan kerajaan menanggung kos melebihi RM500 juta.


Jurucakap Kerajaan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu.

"Semalam (Rabu) diputuskan bagi tahun 2026, 10 konsesi lebuh raya tidak akan mengalami kenaikan tol dan implikasi kewangan itu akan ditanggung kerajaan," katanya pada sidang media Mesyuarat Pasca Kabinet di sini, pada Khamis.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi memberitahu, perincian lanjut mengenai 10 konsesi itu dijangka diumumkan Kementerian Kerja Raya.

Sebelum ini, kerajaan turut menangguhkan kenaikan kadar tol di 10 lebuh raya sepanjang tahun ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini memaklumkan bahawa kerajaan menanggung kos melebihi RM500 juta bagi memastikan penangguhan kenaikan kadar tol itu tidak membebankan pengguna lebuh raya.





#Fahmi Fadzil #Anwar Ibrahim #kenaikan tol #lebuh raya