awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kadar zakat fitrah di Perlis ditetapkan RM7 dan RM10

Bernama
Bernama
11/03/2024
00:10 MYT
Kadar zakat fitrah di Perlis ditetapkan RM7 dan RM10
Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Mohd Nazim Mohd Noor berkata penetapan kadar itu setelah mendapat perkenan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail. - Foto Facebook MAIPs
KANGAR: Kadar zakat fitrah di Perlis bagi tahun 1445H/2024M ditetapkan sebanyak RM7 bagi yang menggunakan beras tempatan manakala RM10 untuk beras import (bukan spesial tempatan).
Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Mohd Nazim Mohd Noor berkata penetapan kadar itu setelah mendapat perkenan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.
Beliau berkata bagi umat Islam yang menunaikan zakat fitrah dengan beras, kadar pengeluaran ialah sebanyak satu gantang Nabawi seorang atau bersamaan 2.6 kilogram.
"Setiap orang Islam yang tinggal di Perlis wajib mengeluarkan zakat fitrah seperti mana yang ditetapkan itu bagi diri dan anak isterinya, begitu juga bagi tanggungannya.
"Mereka hendaklah mengeluarkan zakat fitrah itu kepada amil yang dilantik secara rasmi oleh pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis," katanya dalam satu kenyataan malam tadi.
Mohd Nazim berkata sesiapa yang tidak atau ingkar memberi zakat fitrah dengan sepenuhnya atau menghasut orang lain daripada melakukannya, membayar atau menerima zakat fitrah bukan sebagai amil yang dilantik pihak MAIPs, adalah menjadi kesalahan di bawah Peraturan Zakat dan Fitrah Negeri Perlis dan boleh dikenakan denda.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#zakat fitrah
#Tuanku Syed Sirajuddin
#Perlis
#MAIPs
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan