MALAYSIA
Kadar zakat fitrah N.Sembilan RM7.50, RM12 dan RM20 - MAINS
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat MAINS mempamerkan plak kad penetapan tiga kadar zakat fitrah tahun ini, iaitu RM7.50, RM12 dan RM20. - Foto Bernama
NILAI: Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) menetapkan tiga kadar zakat fitrah pada tahun ini iaitu RM7.50, RM12 dan RM20.
Timbalan Pengerusi MAINS Jen (B) Tan Sri Mohd Shahrom Nordin berkata penetapan itu berdasarkan kajian harga beras mengikut gred dan jenis dimakan kebanyakan penduduk Islam negeri itu pada kadar timbangan satu gantang bersamaan 2.751 kilogram.
Beliau berkata pewartaan kadar zakat fitrah ditetapkan RM7.50 untuk pengguna beras super tempatan (SST) lima peratus, RM12 melibatkan beras super import, super wangi dan herba ponni manakala RM20 kepada mereka menggunakan beras super basmati.
"Pada tahun ini sebanyak 1,200 amil dilantik dan diberi tauliah oleh MAINS. Pembayaran zakat fitrah boleh dilakukan menggunakan aplikasi mudah alih MyAmil Fitrah, kod respons pantas (QR) atau secara tunai
"Setiap bukti pembayaran dan pengesahan automatik atas dihantar melalui notifikasi pesanan SMS serta e-mel," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Bulan Wakaf Negeri Sembilan di sini hari ini.
Orang ramai juga boleh menunaikan zakat fitrah dengan mengunjungi kaunter pembayaran di pasar raya atau lokasi terpilih, selain melalui saluran dalam talian menerusi portal rasmi MAINS (www.zakatns2u.biz/fitrah), aplikasi MAINS Pay, MyEG, Aps TULUS, TheNoor, Aplikasi IKHLAS dan Aplikasi N9PAY.
Mohd Shahrom berkata pada tahun ini pihaknya menyasarkan sebanyak RM8 juta kutipan zakat fitrah berbanding tahun lepas berjumlah RM7.8 juta.
Beliau berkata MAINS juga akan membuat agihan dana zakat sempena Ramadan ini berjumlah lebih RM 14.8 juta bagi pelbagai bantuan termasuk RM6.5 juta bagi keperluan asas kepada fakir, miskin dan asnaf serta bantuan khas kepada masjid dan surau sebanyak RM4.5 juta.
-- BERNAMA