awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kaedah kaunseling kurangkan pelajar dibuang sekolah - Mahdzir

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
23/10/2017
07:02 MYT
Kaedah kaunseling kurangkan pelajar dibuang sekolah - Mahdzir
Mahdzir berkata, jumlah pelajar dibuang sekolah pada tahun ini adalah kecil tetapi Kementerian Pendidikan masih berusaha mencari jalan agar tindakan itu tidak perlu dilakukan. - Gambar hiasan
Kementerian Pendidikan akan mencari jalan bagi mengurangkan jumlah pelajar yang dibuang sekolah akibat masalah disiplin, baik di peringkat menengah mahu pun rendah.
Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, walaupun jumlahnya kecil, pendekatan positif perlu diambil terutama oleh Unit Kaunseling di setiap sekolah.
“Pada tahun ini, daripada 5.1 juta pelajar sekolah rendah dan menengah seluruh negara, hanya 442 pelajar dibuang sekolah.
“Kebanyakan daripada mereka yang mempunyai masalah disiplin mengalami masalah keluarga, tetapi kementerian masih mencari jalan, apa yang perlu dilakukan oleh guru sekolah, pegawai dan masyarakat dalam menanganinya.
“Apa pun tindakan yang kita ambil, kalau boleh jangan akhirnya dibuang sekolah, kerana kaunseling diperlukan di peringkat awal, kalau mahu mereka berada di sekolah,” katanya.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Ahli Parlimen Libaran, Datuk Juslie Ajirol pada sesi Pertanyaan Lisan di Dewan Rakyat di sini hari ini.
Selain itu, jelas Mahdzir lagi, Jabatan Pendidikan di setiap negeri juga sedang dalam proses mengenal pasti pelajar bermasalah sama ada di kawasan luar bandar atau bandar.
Topic Berkaitan
#buang sekolah
#Dewan Rakyat
#kaunseling
#Kementerian Pendidikan
#Mahdzir Khalid
#pelajar
#sekolah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan