MALAYSIA
Kaedah tangani COVID-19 berbeza berbanding virus terdahulu - Tun M

Temubual eksklusif Tun M bersama Astro AWANI di Porgram AWANI Pagi. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR:Penularan jangkitan COVID-19 amat berbeza berbanding virus lain kerana ia mudah dijangkiti sehingga boleh membawa maut.
Ini sekaligus menyaksikan pendekatan berbeza perlu diambil dalam menangani wabak ini berbanding virus terdahulu.
Justeru itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan rakyat perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi mengelakkan diri daripada terkena jangkitan.
“SOP sudah diberitahu kita perlu ikut sahaja, saya dapat elakkan setakat ini dan saya buat ujian saringan setiap dua minggu sekali supaya saya tahu sama ada saya dijangkiti atau tidak.
“Dulu keputusan swab ambil masa 14 hari sekarang dalam masa sejam sudah boleh tahu, kalau guna kaedah ini orang ramai boleh tahu siapa yang ada dan tiada virus ini,” katanya dalam temubual eksklusif bersama Astro AWANI di Porgram AWANI Pagi.
“Sekarang kemudahan perjalanan dari satu tempat ke satu tempat lain menjadi punca penyakit itu cepat menular,” ujarnya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami