[TERKINI] Peguam Negara Arah Kubur Zara Qairina Digali Semula – Ikuti Perkembangan Di Sini
GADGETS

KAF Digital Bank boleh diakses bermula hari ini, bank digital patuh syariah kedua Malaysia

Amanz 08/08/2025 | 06:30 MYT
Ia diterajui oleh KAF Investment Bank bersama konsortium termasuk Carsome, MoneyMatch, Jirnexu dan StoreHub. -Amanz
KAF Digital Bank kini mengumumkan bank digital mereka akan dibuka untuk umum bermula hari ini.


Ringkasan AI
  • KAF Digital Bank, bank digital patuh syariah kedua di Malaysia, kini dibuka kepada umum bermula 8 Ogos 2025.
  • Ia diterajui oleh KAF Investment Bank bersama konsortium termasuk Carsome, MoneyMatch, Jirnexu dan StoreHub.
  • Untuk fasa awal, pengguna boleh mendaftar akaun simpanan peribadi dan menerima kad debit maya melalui aplikasi di Apple App Store dan Google Play Store.


KAF Digital Bank merupakan antara lima penerima lesen bank digital di Malaysia, dan merupakan bank digital patuh syariah kedua di Malaysia.

KAF Digital Bank diterajui oleh KAF Investment Bank, dan turut merangkumi ahli konsortium lain termasuk Carsome, MoneyMatch, Jirnexu dan juga StoreHub.

Untuk fasa permulaan, KAF Digital Bank akan menawarkan sokongan pendaftaran akaun simpanan peribadi. Ia turut disertakan dengan kad debit maya kepada semua pengguna.

Ciri lain yang ditawarkan masih tidak diketahui lagi.

KAF Digital Bank dalam kenyataan berkata pengguna Malaysia boleh memuat turun aplikasi dari Apple App Store dan Google Play Store bermula 8 Ogos 2025, dan melakukan pendaftaran melaluinya. -Amanz






#KAF Digital Bank #bank digital #patuh syariah kedua #Carsome MoneyMatch Jirnexu dan StoreHub