awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kailan ikan masin RM18: KPDNHEP beri peniaga tempoh 2 hari buat penjelasan

Astro Awani
Astro Awani
29/11/2021
02:44 MYT
Kailan ikan masin RM18: KPDNHEP beri peniaga tempoh 2 hari buat penjelasan
Selain kailan, resit berkenaan turut memaparkan harga lauk ikan jenahak, sayur campur serta ulam dan sambal yang kesemuanya berharga RM122. - Foto KPDNHEP
BUTTERWORTH: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang memberi tempoh dua hari kepada peniaga restoran di Kepala Batas, Pulau Pinang untuk menjelaskan mengenai dakwaan menjual sebungkus sayur kailan ikan masin pada harga RM18.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan pejabat KPDNHEP negeri, pihaknya telah bertemu dengan pemilik restoran berkenaan susulan aduan yang diterima berhubung dakwaan harga hidangan yang terlalu mahal yang tidak setara kuantiti yang diberikan.
Berikutan itu, satu Notis Pengesahan Maklumat Barangan (NPMB) diberikan kepada pemilik restoran dan dia diminta memberi maklum balas berhubung harga tersebut dalam tempoh 2 hari bekerja sebelum sebarang tindakan lanjut diambil.
Pada Ahad, seorang pelanggan di Pulau Pinang mendakwa telah membeli sebungkus kailan ikan masin bagi seorang makan berharga RM18 di sebuah restoran di Kepala Batas.
Pelanggan tersebut berkongsi pengalamannya di media sosial dengan memuat naik gambar resit serta bungkusan sayur kailan ikan masin yang didakwa terlalu mahal dan tidak setara dengan kuantiti.
Resit berkenaan turut memaparkan harga lauk jenahak RM90, sayur campur (RM9) serta ulam dan sambal (RM5) dengan nilai keseluruhan RM122.
Namun nama restoran tidak didedahkan.
Perkongsian pelanggan tersebut mendapat perhatian ramai sehingga tular di laman sosial hari ini, dengan orang ramai rata-rata mendakwa harga tersebut mahal.
Topic Berkaitan
#KPDNHEP Pulau Pinang
#kailan ikan masin
#mahal
#restoran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan