Meminda atau memansuhkan undang-undang keselamatan yang dianggap zalim seperti SOSMA, POCA dan POTA adalah antara pencapaian penting Kementerian Dalam Negeri (KDN), sepanjang setahun kerajaan Pakatan Harapan (PH) menerajui negara.
Undang-undang ini yang diwujudkan kerajaan terdahulu, disifatkan PH sebagai 'menindas' dan 'sewenang-wenang' menafikan hak pesalah mendapatkan perbicaraan yang adil sepertimana terkandung dalam manifesto pilihan raya PH atau Buku Harapan.
Menurut menterinya Tan Sri Muhyiddin Yassin, Rang Undang-Undang (RUU) untuk meminda Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan Akta Perhimpunan Aman 2012 kini berada di peringkat akhir untuk dimuktamadkan dan dibawa ke Jemaah Menteri untuk kelulusan.
"Saya menjangkakan kedua-dua RUU ini akan dapat dibentangkan di Parlimen pada sesi akan datang.
"Manakala POCA, POTA ini masih di peringkat diperhalusi, itu satu dua perkara yang saya boleh sebutkan," katanya pada wawancara bersama media di Kompleks KDN pada Khamis tentang pencapaian kementeriannya sempena ulang tahun pertama pentadbiran PH.
Terdapat enam akta, yang sama ada perlu dipinda atau dimansuhkan iaitu Akta Hasutan 1948, Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA), Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA), Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984, Akta Perhimpunan Aman, dan SOSMA.
Dalam pada itu, isu lambakan PATI juga sedang ditangani dengan menubuhkan sebuah jawatankuasa bersama KDN dan Kementerian Sumber Manusia untuk mengkaji pemintaan sebenar pekerja asing di negara ini dan mewujudkan sistem pengurusan pekerja asing yang lebih holistik dalam usaha membanteras PATI.
"Masalah itu masih dalam proses (untuk) kita tangani dan kita akan cari jalan tindakan lain dengan meminta kerjasama kerajaan negeri, dan pihak lain di akar umbi seperti penghulu kampung.
"Ini kerana mereka mengetahui perkara berlaku (di kawasan), jadi kita dapat kurangkan masalah PATI," katanya sambil menunjukkan perangkaan dari Jan hingga Mac lepas, dengan 11,234 PATI telah ditahan di atas pelbagai kesalahan.
Selain itu, dalam usaha memastikan keselamatan dan ketenteraman, program berimpak tinggi seperti bandar selamat melibatkan penggunaan teknologi tinggi dan penambahbaikan infrastruktur seperti kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT) mampu mengurangkan kadar jenayah dan meningkatkan rasa selamat rakyat, katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, KDN juga komited dalam pelaksanaan memperbaiki imej Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai sebuah pasukan yang dihormati, disegani, bertanggungjawab memelihara keamanan dan keselamatan sebagaimana termaktub dalam janji ke-20 manifesto PH.
Muhyiddin turut berkata masalah yang dilakukan kerajaan terdahulu berjaya diselesaikan PH terutama yang melibatkan penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan.
Jelasnya, rakyat mungkin menganggap kerajaan mengambil masa lama untuk memulihkan Malaysia Baharu, namun dalam tempoh setahun PH yang ditunjangi Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah menyelesaikan banyak isu yang menjadi kepincangan negara.
Ini termasuk isu kerugian yang ditanggung FELDA, Tabung Haji dan beberapa agensi lain telah, sedang dan akan diselesaikan kerajaan.
Lantaran itu, beberapa masalah yang dihadapi rakyat seperti yang dijanji untuk diselesaikan dalam manifesto terpaksa ditangguhkan terlebih dahulu agar isu yang lebih besar tidak semakin melarat.
Menurut beliau, tiada perbezaan ketara bekerja di bawah kepimpinan Dr Mahathir sekarang berbanding sebelum ini melainkan pentadbiran PH kali ini berhempas pulas untuk menghapuskan stigma kleptokrasi yang diwujudkan kerajaan terdahulu.
Dalam pada itu, beliau turut mengakui kelemahan kementeriannya dalam menyampaikan respon kepada rakyat terutama mengenai kejayaan KDN namun kini hal itu sedang diperbaiki bagi memastikan setiap maklumat dapat disalurkan dengan segera khususnya melalui media sosial. -- Bernama
Bernama
Mon May 06 2019

Muhyiddin ketika bercakap pada sidang media Pencapaian Setahun Kementerian Dalam Negeri di Bawah Kerajaan Pakatan Harapan di Kementerian Dalam Negeri baru-baru ini. - BERNAMA

Olimpik: Ada bagi nasihat, tapi bukan pembuat keputusan - WHO
Keputusan sama ada akan meneruskan Olimpik atau tidak adalah di luar komitmen WHO.

Prosiding pendakwaan Trump bermula minggu depan
Prosiding perbicaraan bagi pendakwaan bekas Presiden Donald Trump kerana berperanan dalam rusuhan di Capitol Hill ditetapkan bermula di hadapan Senat minggu depan.
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [23 Januari 2021] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [23 Januari 2021]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/6927845301611361157478/1886873_899167641611361223941_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [23 Januari 2021]
AWANI Pagi membawakan kemaskini terkini mengenai berita dalam dan luar negara yang dilaporkan di www.astroawani.com bersama Hakim Rahman dan Nursyazwani Saiful Sham.

AWANI Ringkas: Covid-19: Kes global hampiri 98 juta | Setahun selepas perintah berkurung di Wuhan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (8:00AM).

Perbicaraan Trump | Republikan mahu tangguh perbicaraan Trump
Sementara itu, dalam perkembangan lebih awal, republikan di Senat Amerika Syarikat meminta Demokrat menangguhkan sehingga Februari prosiding perbicaraan bagi pendakwaan ke atas bekas Presiden, Donald Trump. Hujah mereka, ia membolehkan pasukan Trump diberi masa bagi membuat persediaan untuk pembelaan.

COVID-19 | Angka korban global melebihi 2.1 juta
Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini melebihi 2.1 juta kes. Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 412 ribu kes.

Perbicaraan Trump | Trump dibicara di hadapan Senat minggu depan
Prosiding perbicaraan bagi pendakwaan bekas Presiden Donald Trump kerana berperanan dalam rusuhan di Capitol Hill ditetapkan bermula di hadapan Senat minggu depan. Perkara itu dinyatakan, pemimpin majoriti Demokrat, Chuck Shcumer.

COVID-19 | Kes positif dunia menghampiri 98 juta
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia kini menghampiri 98 juta kes. Ia berikutan lebih ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas sekali gus menjadikan kes kumulatif global kini 97,962,267.

COVID-19 | Belgium umum larangan perjalanan percutian
Belgium umum larangan perjalanan percutian terhadap rakyatnya bermula minggu depan hingga Mac. Perdana Menterinya, Alexander De Croo menjelaskan, perjalanan percutian berkemungkinan meningkatkan risiko jangkitan.

Olimpik Tokyo | Sukan Olimpik Tokyo diteruskan - MOM
Sukan Olimpik Tokyo, Julai ini akan berlangsung mengikut jadual selepas jaminan diberikan oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, IOC. Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia, MOM Datuk Mohd Nazifuddin Mohd Najib yang menyertai sesi taklimat IOC turut mengesahkan, tiada negara mahu temasya itu ditunda atau dibatalkan.

Hamzah Zainuddin dimasukkan ke ICU? Ini jawapan pejabat menteri
Dakwaan kononnya Hamzah Zainuddin dirawat di ICU tidak benar, tegas pejabat Menteri Dalam Negeri.

Laman web KDN, PDRM mungkin jadi sasaran penggodam
Penggodam mungkin boleh menyasarkan beberapa laman web penting seperti Kementerian Dalam Negeri, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan sistem berkaitan kesihatan.

Tipu kelulusan kuota pekerja asing KDN, dua lelaki dipenjara, didenda
Hakim Rozina Ayob menjatuhkan hukuman penjara itu terhadap Mohd Amir Othman, 55, manakala Muhammad Zarul Ariff Mohd Zawawi, 26, didenda RM10,000 atau penjara tiga bulan jika gagal membayar denda.

KDN warta perintah larangan terhadap dua buku
Penerbitan ini dikenakan perintah larangan kerana terdapat kandungan yang mungkin memudaratkan ketenteraman awam, kemoralan dan kepentingan awam.

Tiada lesen judi baharu dikeluarkan sejak 1990 - Timbalan Menteri Kewangan
Timbalan Menteri Kewangan II, Mohd Shahar Abdullah berkata, sejak 1990, hanya satu lesen kasino dikeluarkan iaitu kepada Genting Malaysia Berhad.

Kerajaan cadang benarkan syarikat biaya kos penghantaran pendatang di depot
Ia bagi membantu pemain industri mendapatkan kuota penggajian pekerja asing dengan lebih pantas.

Dewan Rakyat: PDRM tahan 993 terlibat Macau Scam - Timbalan Menteri
Jonathan berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 912 adalah membabitkan warga tempatan manakala 81 lagi melibatkan warga asing.

Dewan Rakyat: Perkasa kawalan sempadan dengan aset, fasiliti moden - Hamzah
Ia melibatkan aset dan fasiliti seperti dron, Armoured Personnel Carrier (APC), Night Vision Goggles (NVG) dan GPS Tracker, kata menterinya Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Polis buka semula kertas siasatan kes kematian Teoh Beng Hock
Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka semula kertas siasatan berhubung kes Teoh Beng Hock yang ditemukan mati pada 16 Julai 2009, di bawah Seksyen 342 Kanun Keseksaan (Kurungan Salah).

Mindef, KDN perlu tumpu Op Benteng, bendung COVID-19 - Penganalisis
Sebahagian daripada peruntukan RM16 bilion untuk MINDEF dalam Belanjawan 2021 dijangka digunakan untuk menampung kos Op Benteng.