KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan menjalankan kajian impak inisiatif Payung Rahmah pada Jun ini untuk melihat sejauh mana pelaksanaannya dapat bertahan lama.
Menterinya Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata kajian itu akan dibuat selepas enam bulan inisiatif dilaksanakan dan hasil kajian akan dibentangkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan.
"Inisiatif ini telah berjalan selama tiga bulan, saya telah beritahu kepada kementerian apabila sudah sampai enam bulan nanti kita akan buat satu kajian impak untuk tengok dari segi kemampanan.
"Dengan ini, barulah KPDN akan laporkan hasil kajian kepada pihak kerajaan khususnya Perdana Menteri supaya dalam bajet tahun depan kita (kerajaan) dapat lihat (meneliti) tawaran, inisiatif atau pemotongan cukai yang boleh diberikan kepada pihak industri yang serius melibatkan diri dalam inisiatif ini," katanya.
Salahuddin berkata demikian sebagai mengulas pendapat sesetengah pihak bahawa Payung Rahmah adalah inisiatif bermusim kerana peniaga sukar mengekalkan perniagaan jika menjual produk di bawah harga pasaran bagi tempoh yang lama.
Beliau ditemui pemberita pada Majlis Pelancaran Jualan Rahmah Bersama Sabella di ibu pejabat Sabella Holdings di Batu Caves hari ini.
Menurutnya setakat ini, inisiatif Jualan Rahmah yang dilaksanakan secara sukarela oleh pihak industri tanpa melibatkan perbelanjaan kerajaan, dapat menurunkan hampir 12,000 barangan keperluan seperti sabun, minyak masak, minuman, pakaian dan biskut.
"Kalau kerajaan tidak melakukan inisiatif ini keadaan akan bertambah parah. Sebab itu, KPDN tampil untuk mencari opsyen tertentu supaya apabila harga sesuatu barang naik akibat faktor cuaca dan sebagainya, kita masih dapat adakan harga Rahmah pada barangan keperluan asas lain," kata beliau.
Mengenai cadangan kerajaan memperkenalkan inisiatif Insurans Rahmah, Salahuddin berkata setakat ini dua syarikat insurans sudah menyatakan minat untuk menawarkan pakej berkaitan iaitu Etika dan Allianz.
"Dengan Etiqa, kita telah mengadakan libat urus dan mereka menawarkan beberapa pakej Rahmah, dalam masa dua minggu lagi kita akan muktamadkan pakej itu kerana kita kena lihat dari sudut perundangan, peraturan serta kesan jangka masa pendek dan panjang daripada tawaran itu.
"Selain itu, kita perlu dapat persetujuan daripada Bank Negara dan Kementerian Kewangan, kalau sudah menepati kesemua peraturan baru pakej Insurans Rahmah dikemukakan kepada rakyat.
"Bagi syarikat Allianz pula, minggu depan kita akan adakan libat urus kerana mereka juga mahu menawarkan pakej," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 25 2023

Kajian itu akan dibuat selepas enam bulan inisiatif dilaksanakan dan hasil kajian akan dibentangkan kepada Anwar yang juga Menteri Kewangan. - Gambar Bernama

Dakwa Pulau Pinang milik Kedah: Sanusi nafi desak pinda Perlembagaan Persekutuan
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menafikan dakwaan bahawa beliau mendesak agar Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi mengembalikan Pulau Pinang kepada Kedah.

Rangkaian 5G capai 62.1 peratus liputan setakat akhir Mei 2023 - Fahmi
Rangkaian 5G negara mencapai 62.1 peratus liputan kawasan berpenduduk (CoPA) setakat 31 Mei, 2023 melibatkan 5,058 tapak, kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

Peniaga pakaian didakwa buat hantaran hina Islam
Seorang peniaga pakaian mengaku tidak bersalah atas 10 pertuduhan membuat hantaran menghina Allah, nabi dan agama Islam di laman sosial Facebook.

Empat atlet Perak bawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Khas Dunia
Empat atlet dari Negeri Perak antara yang akan mewakili negara pada Sukan Olimpik Khas Dunia yang berlangsung di Berlin, Jerman pada 17 hingga 25 Jun ini.

Pelukis Francoise Gilot meninggal dunia
Gilot menderita penyakit jantung dan paru-paru.

Kaherah bakal menjadi tuan rumah untuk Forum Urban Sedunia ke 12 (WUF12)
Pemilihan itu diumumkan dalam satu sidang media di Perhimpunan UN-Habitat di Nairobi, Kenya.

Dakwaan Empangan Chereh pecah tidak berasas
Tidak ada laporan dari mana-mana pihak berkaitan termasuk penduduk setempat dan Kerajaan Negeri Pahang mengenai perkara tersebut.

Lima sekeluarga ditahan kerana miliki pistol, dadah
Lima sekeluarga termasuk dua pelajar sekolah ditahan kerana memiliki dadah dan sepucuk pistol dalam serbuan di Kampung Takang, Tawang, Bachok.

Kenyataan Anwar bahawa Singapura guna OPR tidak benar - Dr Mahathir
Dr Mahathir menjelaskan, Monetary Authority of Singapore (MAS) tidak ada dasar OPR sejak tahun 1980an lagi.

Buang sisa kimia ke sungai Melaka, kilang elektronik didenda RM30,000
Sebuah kilang elektronik berasaskan semikonduktor didenda RM30,000 atas pertuduhan melakukan pencemaran sisa kimia ke dalam Sungai Melaka, tahun lalu.

Kenyataan Anwar bahawa Singapura guna OPR tidak benar - Dr Mahathir
Dr Mahathir menjelaskan, Monetary Authority of Singapore (MAS) tidak ada dasar OPR sejak tahun 1980an lagi.

Isu kalimah Allah lebih sesuai diperkemas, diperjelas kepada MKI - PM
Perdana Menteri sekali lagi menegaskan pendirian Kerajaan Persekutuan untuk memperaku dan menerima pakai dasar sedia ada.

HETR dijangka sumbang RM61 bilion KDNK negara - PM Anwar
Insiatiaf itu juga antara lain bakal mewujudkan sebanyak 45,000 peluang pekerjaan.

Jokowi tiba untuk lawatan kerja ke Malaysia
Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir menyambut ketibaan Jokowi, yang turut disertai Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono.

Kalimah Allah: Jangan politikkan sehingga Majlis Raja-Raja buat keputusan - Sultan Selangor
Sultan Sharafuddin menegaskan baginda telah menyatakan pandangannya berhubung perkara berkenaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Presiden Indonesia lawat Malaysia hari ini
Kunjungan Presiden Jokowi signifikan dalam usaha meningkatkan lagi hubungan erat yang telah lama terjalin antara Malaysia dan Indonesia.

APG 2023: PM Anwar ucap tahniah kepada kontinjen Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada kontijen Malaysia yang berjaya mencapai sasaran 33 pingat emas pada temasya Sukan Para ASEAN (APG) 2023.

PM Anwar lawat Petronas, dengar taklimat berhubung industri minyak dan gas negara
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan lawatan kerja ke Petronas di Menara Berkembar Petronas.

Dakwaan Pulau Pinang milik Kedah beri implikasi besar kepada Malaysia - Anwar
Anwar berkata beliau tidak menghalang untuk mana-mana pihak membuat kajian, perbincangan, atau seminar tetapi tidak boleh sehingga melanggar prinsip Perlembagaan.

'Saya ambil dari orang kaya supaya yang miskin tidak terbeban' - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pendekatan itu terpaksa dibuat bagi mengurangkan bebanan ditanggung rakyat dalam golongan B40 dan M40.