awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran tolak tekanan asing berhubung rusuhan, kata utusan ke PBB
Tindakan tegas menanti peniaga jual beg plastik sekali guna di Perak
Manfaat teknologi AI, robotik untuk perkukuh industri halal - KP JAKIM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kajian insentif, ganjaran untuk Angkatan Sukarela ATM bakal dilaksana

Bernama
Bernama
24/01/2026
14:00 MYT
Kajian insentif, ganjaran untuk Angkatan Sukarela ATM bakal dilaksana
Lokman (tengah) mempengerusikan Majlis Sidang Pengerusi Jawatankuasa Pendukung Angkatan Sukarela SeMalaysia ke-19 di Wisma Perwira hari ini. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Kajian menyeluruh dan berfokus berkaitan penambahbaikan insentif serta ganjaran kepada anggota Angkatan Sukarela Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang aktif menyertai latihan akan dilaksana.

Ringkasan AI
  • Kajian menyeluruh dilaksanakan untuk meningkatkan insentif dan ganjaran kepada anggota Angkatan Sukarela Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menyertai latihan, bertujuan menggalakkan penyertaan orang awam dan memperkukuh penglibatan anggota sedia ada.
  • Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Lokman Hakim Ali, menggesa perlaksanaan kriteria pencalonan penerima tauliah kehormat bagi memastikan pemegang tauliah berperanan secara strategik dan memberi impak positif kepada ATM.
  • Sidang Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Pendukung (SPJP) Angkatan Sukarela ATM bersetuju untuk menyelaraskan dan memperkasakan Angkatan Sukarela ATM serta melibatkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebagai ahli tetap bagi memperkukuh hubungan strategik antara kerajaan negeri dan ATM.

Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Lokman Hakim Ali berkata kajian itu adalah antara langkah menyuntik semangat serta meningkatkan minat penyertaan orang awam dalam Angkatan Sukarela ATM selain memperkukuh penyertaan dan penglibatan aktif anggota sedia ada.
"Kajian berkaitan kriteria pencalonan penerima tauliah kehormat turut perlu dilaksanakan bagi memastikan pemegang tauliah kehormat yang dilantik memainkan peranan sebenar melalui sumbangan strategik dan modal sosial yang memberi impak kepada ATM," katanya.
Beliau mengulas hasil Sidang Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Pendukung (SPJP) Angkatan Sukarela Se-Malaysia ke-19 di Wisma Perwira ATM di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua Staf Markas ATM Lt Jen Datuk Seri Muhammad Huzaimi Sabri dan Timbalan Panglima Tentera Darat Lt Jen Datuk Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim.
Lokman Hakim berkata selain aspek insentif, SPJP kali ini turut bersetuju agar sebuah bengkel penyelarasan dilaksanakan bagi menstruktur, menyemak dan memperkasakan Angkatan Sukarela ATM dari segi dasar, polisi serta peraturan melibatkan peruntukan, pentadbiran, pengurusan, latihan dan mobilisasi.
Beliau berkata ahli sidang juga bersepakat untuk meningkatkan inisiatif dan usaha dalam mempelbagaikan kaedah promosi yang lebih efektif serta efisien termasuk pengaplikasian media arus perdana seiring pemikiran moden masyarakat umum khususnya golongan belia.
Selain itu, Lokman Hakim berkata sidang berkenaan melihat terdapat keperluan untuk melibatkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebagai ahli tetap SPJP bagi menyokong hasrat Pertahanan Menyeluruh (HANRUH) melalui pendekatan Keseluruhan Kerajaan dan Keseluruhan Masyarakat (WoGoS).
Beliau berkata penglibatan MKN sebagai penyelaras dan pengurus dasar serta pelaksanaan berkaitan keselamatan negara dilihat mampu memperkukuh perhubungan strategik antara kerajaan negeri dan ATM.
SPJP Angkatan Sukarela ke-19 itu menghimpunkan 23 ahli terdiri daripada Pengerusi Jawatankuasa Pendukung negeri atau wakil masing-masing, dan diadakan semula selepas penganjuran terakhir pada 2015 bagi memperbaharui serta memperkukuh mekanisme penyelarasan nasional Angkatan Sukarela ATM.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Angkatan Tentera Malaysia
#Majlis Keselamatan Negara
#golongan belia
#pemikiran moden
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan