PUTRAJAYA:Kajian klinikal fasa 3 vaksin COVID-19 dimulakan hari ini di sembilan hospital dengan melibatkan 3,000 sukarelawan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.
Beliau berkata kajian klinikal itu ditaja oleh Institut Biologi Perubatan Akademik Sains Perubatan China (IMBCAMS) dengan objektif untuk menilai keselamatan dan keberkesanan vaksin terhadap jangkitan COVID-19.
Sembilan hospital yang terlibat dalam percubaan klinikal di bawah penyelarasan Institut Penyelidikan Klinikal (ICR) itu terdiri daripada Hospital Ampang; Hospital Umum Sarawak; Hospital Pulau Pinang; Hospital Seberang Jaya; Hospital Sultanah Bahiyah; Hospital Raja Permaisuri Bainun; Hospital Taiping; Hospital Sungai Buloh; dan Hospital Sultan Abdul Halim.
"Kajian ini melibatkan 3,000 orang sukarelawan tempatan bagi tempoh 13 bulan," katanya menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan sempena majlis pelancaran kajian itu secara virtual di kementeriannya hari ini.
Dr Adham berkata kajian klinikal itu merupakan ujian terhadap vaksin SARS-CoV-2 menggunakan platform vaksin tidak aktif.
Menurutnya kajian klinikal fasa 1 dan 2 telah dijalankan oleh peserta di China dan hasil dapatan daripada kajian itu merekodkan tindak balas imun yang signifikan terhadap antigen SARS-CoV-2.
"Ia juga tidak menunjukkan kesan sampingan yang serius, iaitu tidak melebihi 30 peratus secara keseluruhan bagi tempoh 28 hari selepas imunisasi dilaksanakan," katanya.
Beliau berkata inisiatif kajian itu adalah hasil kerjasama antara kerajaan Malaysia dengan China menerusi IMBCAMS dan ia berupaya memainkan peranan dalam menjana bukti saintifik dalam pembangunan vaksin SARS-CoV-2.
"Kajian fasa 3 ini sangat bersejarah dan bermakna kepada negara kita, terutama dalam bidang kesihatan. Tambahan pula IMBCAMS sangat berpuas hati dengan tahap dan kesediaan fasiliti KKM di lapangan untuk menyertai dan melaksanakan kajian fasa 3," katanya.
Beliau berkata pelaksanaan kajian itu perlu memenuhi piawaian antarabangsa, dasar serta polisi Regulatori Kesihatan negara yang mantap, Amalan Pengilangan Baik (GMP), Amalan Klinikal yang Baik (GCP) dan Deklarasi Helsinki.
Kajian itu akan dipantau secara ketat oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara Malaysia (NPRA) serta Jawatankuasa Etika dan Penyelidikan Perubatan (MREC), katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 27 2021

Dr Adham berkata kajian klinikal itu merupakan ujian terhadap vaksin SARS-CoV-2 menggunakan platform vaksin tidak aktif. - BERNAMA

AWANI Ringkas: Senat lulus pakej bantuan AS$1.9 trilion

COVID-19 | Kes positif seluruh dunia lebih 116.36 juta
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia kini melebihi 116.36 juta kes. Ia berikutan lebih ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Politik | Pemuda MCA lulus lapan resolusi pada AGM ke-56
Sebanyak lapan resolusi yang dikemukakan pada Perhimpunan Agung Pemuda MCA ke-56 hari ini diluluskan sebulat suara.

Janji Bantuan | Presiden Joe Biden ucap terima kasih
Presiden Joe Biden dalam reaksi pertamanya selepas pakej bantuan itu diluluskan ucap terima kasih kepada anggota Senat. Ini sekaligus membolehkan janji utamanya dikotakan dalam tempoh 45 hari pertama pentadbirannya.

Kerajaan diminta benarkan jemaah lakukan umrah bermula April
Permintaan tersebut dilakukan dengan mengambil kira bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang tamat pada bulan ini.

Politik Pakistan | Imran Khan terselamat daripada Undi Tidak Percaya
Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan terselamat daripada Undi Tidak Percaya di Parlimen. Imran peroleh sokongan 178 daripada 340 ahli parlimen.

Pintu Kaabah dibuka untuk Perdana Menteri
Pintu Kaabah dibuka untuk Muhyiddin bersama Isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman serta beberapa tetamu lain.

COVID-19 | Kes kematian global kini lebih 2.58 juta
Angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini melepasi 2.58 juta kes. Berdasarkan Data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 524 kes.

COVID-19 | Ambil pengajaran daripada setiap pandemik - Bekas Ketua Pengarah WHO
Pengalaman memerangi SARS membantu negara-negara Asia melaksanakan langkah memerangi COVID-19 dengan lebih baik. Malah pada fasa ini, kerjasama antarabangsa adalah satu-satunya cara untuk memerangi wabak masa depan.

Liga Bola Sepak | MFL beri bayangan penonton kembali ke stadium
Meskipun keputusan membenarkan penonton kembali menggegarkan stadium masih belum dibuat, Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Datuk Ab Ghani Hassan memberi bayangan bahawa perkara itu akan dilakukan seberapa segera.

PKPD Kampung Serumah Daerah Kecil Siburan, Serian bermula esok
KKM mengesahkan masih berlaku penularan kes melibatkan penduduk di lokaliti terbabit.

Program Vaksinasi COVID-19 di Miri bermula hari ini
Program melibatkan enam Pusat Pemberian Vaksin (PPV) iaitu Hospital Miri, Hospital Marudi, Dewan Eastwood, Dewan Dato Permaisuri, Dewan Masyarakat Bekenu, dan Dewan Suarah Marudi.

Lebih ramai petugas barisan hadapan dapat vaksin COVID-19 di PKRC MAEPS
PKRC Bersepadu 2.0 MAEPS merupakan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang utama di kawasan Lembah Klang.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Tiada vaksin COVID-19 Pfizer dijual di platform Shopee
Platform pembelian secara dalam talian Shopee, hari ini menafikan pihaknya menawarkan vaksin Pfizer's COVID-19 untuk jualan, sebagaimana yang dipaparkan menerusi satu foto yang tular di Twitter dan Wh

COVID-19: 10 kluster baharu dikesan, sebahagian besar di tempat kerja
Sebanyak 10 kluster baharu dilaporkan hari ini, di mana lapan daripadanya adalah berkaitan tempat kerja manakala satu kluster daripada penularan komuniti dan satu lagi melibatkan aktiviti keagamaan.

Kes kematian keseluruhan kini 1,159 kes, berikut 5 tumpuan kenyataan media KKM hari ini
Berikut merupakan tumpuan kenyataan media Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada 5 Mac.

COVID-19: 2,154 kes baharu, enam kematian
Jumlah kes yang sembuh pula mencatatkan 3,275 kes. Ini menjadikan kes keseluruhan yang sembuh kepada 286,904 kes.

PKPD Kuarters Sri Jelutung, Mukim Bebar, Pekan sehingga 19 Mac - Ismail Sabri
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kuarters Sri Jelutung, Mukim Bebar, Pekan bermula 6 sehingga 19 Mac ini, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

COVID-19: Dua kes varian Nigeria B1.525 dikesan di Malaysia
Kedua-duanya melibatkan warga asing yang tiba dari Dubai, UAE dan didapati positif COVID-19 melalui ujian swab RT-PCR, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.