KUALA LUMPUR: Kajian mengenai perundangan berkaitan Lemon Law yang dimulakan bulan lepas melibatkan kumpulan perunding pakar dijangka selesai September ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali.
Lemon Law ialah undang-undang menyediakan hak tebus rugi kepada pembeli kenderaan bermotor dan barangan pengguna lain untuk mendapatkan remedi terhadap produk yang berulang kali rosak selain gagal memenuhi standard kualiti serta prestasi.
Armizan berkata kajian kebolehlaksanaan Lemon Law itu dijalankan susulan pelbagai aduan serta kes yang berlaku dan hasilnya akan dijadikan asas pertimbangan sama ada perlu membuat penambahbaikan terhadap kerangka perundangan sedia ada atau menggubal perundangan baharu.
"Sebagai usaha berterusan KDPN akan terus melaksanakan sesi libat urus dengan semua pihak berkepentingan termasuk penganjuran Simposium Kepenggunaan Malaysia 2024 pada 4 Jun," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Shamshulkahar Mohd Deli (BN-Jempol) mengenai usaha kerajaan menggubal akta baharu atau meminda akta sedia ada berkaitan Lemon Law bagi melindungi pengguna dalam hal pembelian kenderaan dan tahap kesediaan pemain industri kenderaan terhadap pengenalan perundangan tersebut.
Armizan berkata setakat ini peruntukan perundangan bercirikan Lemon Law termaktub dalam Akta Perlindungan Pengguna 1999 (Akta 599) di bawah kawal selia KPDN.
Selain itu, peruntukan undang-undang sedia ada yang mempuyai ciri komponen Lemon Law juga terkandung dalam beberapa akta dan peraturan merentasi kementerian dan agensi di Malaysia seperti Akta Kontrak 1950, Akta Jualan Barangan 1957 dan Akta Sewa Beli 1967.
Mengulas mengenai Simposium Kepenggunaan Malaysia 2024, Armizan berkata ia bertujuan mendapatkan maklum balas daripada para pemegang taruh berkenaan cadangan pengukuhan kerangka perundangan Lemon Law di Malaysia.
Menurutnya, bersandarkan simposium tersebut, didapati semua pemegang taruh termasuk pihak industri memberikan respons positif untuk memperkukuhkan perlindungan hak kepenggunaan melalui Lemon Law sekali gus membantu perkembangan industri automotif negara.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 03 2024
Armizan berkata kajian kebolehlaksanaan Lemon Law itu dijalankan susulan pelbagai aduan serta kes yang berlaku. - Foto Astro AWANI
Malaysia seru peralihan kuasa secara aman di Syria - Anwar
Malaysia menyeru agar peralihan kepada keamanan di Syria dilakukan dengan menghormati kepelbagaian komuniti di negara itu tanpa perpecahan bersifat sektarian.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa perpaduan kaum mesti dijadikan prinsip utama dalam usaha tersebut.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa perpaduan kaum mesti dijadikan prinsip utama dalam usaha tersebut.
Zuraida diarah bayar hanya RM100,000 kepada PKR kerana langgar syarat bon parti
Bekas Naib Presiden PKR Datuk Zuraida Kamaruddin telah diarahkan untuk membayar hanya RM100,000 kepada PKR kerana melanggar syarat bon parti itu.
Kerajaan berjaya sekat PSI daripada guna AS$340 juta dana dikaitkan dengan 1MDB
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan untuk menyekat PetroSaudi International Ltd dan pengarahnya menggunakan AS$340 juta yang dikaitkan dengan 1MDB.
Singapura laksana laluan imigresen guna kod QR untuk penumpang bas mulai 16 Dis
ICA berkata pelaksanaan penuh di kedua-dua pusat pemeriksaan darat (Tuas dan Woodlands) disasarkan untuk selesai menjelang pertengahan Januari 2025.
Tiada kemungkinan LRT Mutiara dibatalkan - Rafizi
Tiada kemungkinan projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang dibatalkan, walaupun terdapat pertukaran kerajaan di peringkat Persekutuan.
“Macam mana undang-undang yang ada dapat membela kami sebagai mangsa fitnah” - YB Pasir Mas
Ahli Parlimen Pasir Mas bertanya apakah jaminan kerajaan untuk fitnah yang ada dalam media sosial tidak berterusan. “Macam mana undang-undang yang ada dapat membela kami sebagai mangsa fitnah”Katanya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Tenaga hijau dijual kepada Singapura merupakan lebihan TBB negara
Tenaga Boleh Baharu (TBB) yang dibekalkan kepada Singapura bermula bulan ini adalah lebihan bekalan tenaga elektrik hijau dalam negara yang tidak digunakan ketika ini.
Program Digital Rakyat akan dilancarkan esok
Kementerian Digital akan melancarkan Program Digital Rakyat esok, iaitu platform pembelajaran dalam talian bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran rakyat seiring perkembangan ekonomi digital masa kini.
Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar
Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
AWANI Ringkas: KPM cadang perluas kelas hibrid ke 400 sekolah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
KPDN perkenal dua strategi interim lindungi hak pengguna sebelum Lemon Law dimuktamad
Armizan berkata ketika ini melalui perundangan sedia ada, platform untuk pengguna menuntut hak mereka ialah Tuntutan Tribunal Pengguna Malaysia (TTPM).