MALAYSIA
Kajian menyeluruh isu sosial di sekolah sedang dilaksanakan - Fahmi
Menteri Komunikasi merangkap jurucakap Kerajaan Perpaduan Datuk Fahmi Fadzil (kiri) ketika sidang media mingguan Kabinet di Menara Komunikasi hari ini. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA: Kerajaan sedang melaksanakan kajian menyeluruh berhubung isu sosial yang berlaku di sekolah, kata Jurucakap Kerajaan MADANI Datuk Fahmi Fadzil.
Ringkasan AI
Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata kajian terbabit dijalankan oleh sebuah jawatankuasa khas dan laporannya akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri bagi membuat keputusan berhubung tindakan lanjut yang perlu diambil.
"Satu kajian penuh terhadap isu-isu yang dihadapi oleh sekolah akan diusahakan oleh sebuah jawatankuasa khas, yang laporannya akan disediakan dalam masa terdekat, secepat mungkin," katanya pada sidang media pascamesyuarat Jemaah Menteri di sini hari ini.
Berhubung isu sama, beliau berkata Jemaah Menteri turut bersetuju bahawa terdapat keperluan untuk meningkatkan kehadiran anggota polis di sekolah.
"Kehadiran anggota PDRM (Polis Diraja Malaysia) akan dapat memberikan satu signal bahawa sekolah kita ialah tempat yang selamat ... Kementerian Dalam Negeri akan mengeluarkan kenyataan penuh sejurus selepas ini," katanya.
Fahmi berkata Kementerian Pendidikan juga akan mengumumkan satu ketetapan supaya pemeriksaan rambang (spot check) di sekolah dilaksanakan secara lebih kerap.
"KPM (Kementerian Pendidikan) juga akan mengeluarkan satu panduan kepada sekolah-sekolah untuk melaksanakan spot check secara mingguan," katanya.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata Jemaah Menteri mencadangkan supaya polis serta Kementerian Dalam Negeri (KDN) mempertingkatkan pemantauan keselamatan di sekolah.
Beliau berkata mesyuarat Kabinet hari ini memberikan tumpuan kepada soal pendidikan, masalah disiplin di sekolah dan kerisauan ramai termasuk keluarga, ibu bapa serta pelajar.
Baru-baru ini, negara digemparkan dengan beberapa insiden tragis yang berlaku di sekolah termasuk kes membabitkan seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun yang ditikam sehingga maut oleh seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun di sebuah sekolah menengah di Selangor dan kes rogol bergilir-gilir membabitkan empat pelajar lelaki tingkatan lima dan seorang pelajar perempuan tingkatan tiga di Melaka.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Jurucakap Kerajaan MADANI merangkap Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata kerajaan sedang menjalankan kajian menyeluruh mengenai isu sosial dan disiplin di sekolah melalui sebuah jawatankuasa khas.
- Jemaah Menteri bersetuju meningkatkan kehadiran anggota polis di sekolah bagi menjamin keselamatan susulan beberapa insiden jenayah membabitkan pelajar.
- Kementerian Pendidikan akan memperkenalkan pemeriksaan rambang mingguan di sekolah sebagai langkah pencegahan.