MALAYSIA
Kajian pembangunan industri muzik penting bagi perketat garis panduan
Rosmin berkata antara yang perlu diberi perhatian adalah dari segi sumbangan dana bagi membangunkan industri muzik dan memberi platform lebih besar kepada artis tempatan untuk membuat persembahan di luar negara. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kajian Pembangunan Industri Muzik yang sedang dilaksanakan Kementerian Komunikasi dilihat penting bagi menetapkan garis panduan tatakelola dan penguatkuasaan yang lebih berkesan untuk penggiat industri tanah air.
Presiden Persatuan Pencipta, Pelaku dan Penerbit Muzik Malaysia (3P Muzik) Haris Fadzilah Daud berkata kajian tersebut juga diharap dapat menjamin hak harta intelek (IP) di dalam serta luar negara.
"Bertahun lama kita ada Akta 1981 (Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia), tetapi lain-lain punca masalah sebenar adalah pelaksanaannya.
"Masalah industri bukanlah sesuatu yang begitu rumit ... Ia perlu diwartakan bertujuan mengiktiraf industri muzik selari dengan bidang kerjaya lain supaya dapat memelihara dan memulihara ekosistem budaya dan muzik negara," katanya ketika dihubungi Bernama.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) Rosmin Hashim berkata kajian itu perlu mengambil kira aspek kerjasama rapat antara industri muzik dan kreatif dengan kerajaan.
"Kalau kita lihat di pasaran muzik terbesar di Asia seperti di Jepun, Korea Selatan, China dan Indonesia tidak ada akta sebenarnya untuk mengawal industri muzik di negara-negara tersebut. Yang lebih penting ada kerjasama rapat antara pihak industri dan juga pihak kerajaan," katanya.
Rosmin berkata antara perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah dari segi sumbangan dana bagi membangunkan industri muzik dan memberi platform lebih besar kepada artis tempatan untuk membuat persembahan di luar negara.
"Antara inisiatif adalah mendapat pasaran lebih besar untuk kandungan muzik dan juga kandungan kreatif yang dihasilkan oleh pekerja industri muzik tempatan.
"Jadi, kita dapat membesarkan lagi pendapatan industri muzik. Sebagai contoh, tahun lepas industri muzik kita mencapai pendapatan tertinggi dalam sejarah, RM352 juta.
"Jadi kita perlu bekerjasama dengan kerajaan untuk mencari jalan, bagaimana nak membesarkan lagi pendapatan agar semua penggiat industri muzik dapat manfaat daripada pendapatan yang lebih besar," katanya.
Menurut Rosmin, Malaysia juga mempunyai kelebihan tersendiri yang unik untuk menembusi pasaran global kerana boleh menghasilkan muzik dalam tiga bahasa utama, iaitu Melayu, Cina dan Tamil.
"Sebagai contoh, bahasa Melayu itu sendiri kita dapat tembusi pasaran Indonesia yang mempunyai penduduk lebih 200 juta orang. Kita juga ada penggiat industri muzik tempatan yang mengeluarkan lagu-lagu dalam bahasa Tamil yang boleh tembus negara India yang mempunyai penduduk paling ramai.
"Kita ada lagu-lagu dalam bahasa Cina untuk tembus pasaran China dan sebagainya, itu kelebihan yang kita ada. Jadi, jika kita dapat kerjasama rapat dengan kerajaan untuk cari jalan bagaimana nak tembusi pasaran besar ini, ia sudah tentu akan melonjakkan pendapatan yang industri muzik capai buat waktu ini," katanya.
Rosmin turut menekankan aspek undang-undang bagi memastikan perlindungan IP yang lebih ketat untuk menggalakkan pelaburan dalam industri, termasuk memanjangkan tempoh perlindungan daripada 50 tahun kepada 70 tahun bagi memberi manfaat lebih lama kepada pemilik karya.
"Bila IP dihormati dan dilindungi, ia mampu kurangkan isu cetak rompak dan penggunaan tanpa kebenaran serta menggalakkan lebih banyak pelaburan dalam kandungan muzik serta kreatif tempatan," katanya.
Semasa menggulung perbahasan usul Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi Kementerian Komunikasi di Dewan Rakyat pada Rabu, Datuk Fahmi Fadzil berkata Kajian Pembangunan Industri Muzik sedang dilaksanakan bagi meneliti isu, cabaran serta cadangan pelan tindakan ke arah memperkasakan pembangunan industri berkenaan di Malaysia secara mampan dan dinamik.
Menteri Komunikasi itu berkata kajian berkenaan turut memperhalusi model perniagaan, tadbir urus, perjawatan dan undang-undang khusus yang boleh menyokong pembangunan industri berkenaan.
-- BERNAMA