awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mogok jururawat terbesar dalam sejarah New York bermula susulan rundingan kontrak gagal
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Gaza perlu bantuan kemanusiaan diperluas, bukan sekatan tambahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kajian semula UPSR, PT3 secara menyeluruh, bukan terburu-buru - KP Pendidikan

Bernama
Bernama
12/01/2026
12:15 MYT
Kajian semula UPSR, PT3 secara menyeluruh, bukan terburu-buru - KP Pendidikan
Dr Mohd Azam ketika ditemui media pada Hari Pertama Pembukaan Sekolah Kalendar Akademik Sesi 2026 di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Serdang hari ini. - Gambar Bernama
SERDANG: Langkah kerajaan mengkaji semula pelaksanaan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bukan dibuat secara tergesa-gesa, sebaliknya melalui proses kajian menyeluruh yang melibatkan pelbagai pihak berkepentingan.

Ringkasan AI
  • Kajian semula peperiksaan UPSR dan PT3 dilakukan secara menyeluruh oleh kerajaan berdasarkan permintaan ibu bapa, guru, dan komuniti pendidikan.
  • Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, mengambil keputusan bijak untuk menilai semula keperluan peperiksaan tersebut sebelum pelaksanaannya.
  • Jika peperiksaan itu dijalankan semula, formatnya akan diteliti bagi memastikan penilaian berlaku secara holistik selaras dengan keperluan pendidikan masa kini.

Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Dr Mohd Azam Ahmad berkata kajian semula cadangan pengembalian peperiksaan itu dijalankan kerana terdapat permintaan daripada beberapa pihak, termasuk ibu bapa, guru dan komuniti pendidikan.
"Kita belum laksanakan lagi, kita baru nak kaji semula sebab ada pihak kata nak peperiksaan semula, ada pihak kata tak perlu.
"Jadi Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek membuat keputusan yang bijaksana, iaitu untuk mengkaji semula sama ada perlunya kita bawa semula peperiksaan ini," katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Hari Pertama Pembukaan Sekolah Sesi 2026 di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Serdang, di sini hari ini.
Dalam pada itu, beliau berkata setakat ini Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) masih belum menetapkan pihak yang akan terlibat dalam kajian berkenaan.
Beliau juga berharap pihak yang terlibat dalam kajian itu nanti, dapat memastikan cadangan diberikan berlandaskan pengetahuan dan pemahaman yang jitu supaya murid tidak menjadi 'tikus makmal'.
Mohd Azam turut memberikan jaminan sekiranya peperiksaan itu diputuskan untuk dilaksanakan semula, format peperiksaannya akan diteliti oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum bersama Lembaga Peperiksaan Malaysia bagi memastikan penilaian murid berlaku secara holistik dan selaras dengan keperluan pendidikan masa kini.
Sementara itu, mengulas mengenai isu keselamatan di sekolah, beliau berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa bekerja rapat dengan pengurusan sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bagi melaksanakan pemantauan berkala melalui rondaan dan pengawasan di sekolah.
Langkah berkenaan bertujuan memastikan persekitaran sekolah lebih selamat dan kondusif membolehkan pelajar menumpukan perhatian sepenuhnya kepada pembelajaran.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#UPSR
#PDRM
#PT3
#pendidikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan