MALAYSIA
Kajian WCE Selatan dorong pembangunan infrastuktur Johor - Exco
Jika siap kelak, lebuh raya ini dijangka menjadi laluan alternatif utama selain Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS). - Gambar fail/WCE
JOHOR BAHRU: Kajian kebolehlaksanaan pembinaan Lebuhraya Pantai Barat (WCE) – Hubungan Selatan dari Banting, Selangor hingga ke Gelang Patah, Johor kini sedang giat dijalankan, sebagai langkah merancakkan pembangunan infrastruktur dan ekonomi di selatan tanah air.
Ringkasan AI
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur Dan Komunikasi Negerri Johor, Fazli Mohamad Salleh berkata, dengan panjang laluan dianggarkan 230 kilometer, projek strategik itu bakal menghubungkan empat negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor, melibatkan 11 daerah serta 14 pihak berkuasa tempatan (PBT).
Di Johor, jajaran WCE Selatan akan melalui daerah Batu Pahat, Muar, Tangkak, Pontian dan Johor Bahru, menjadikannya pemacu penting dalam membuka peluang pelaburan baharu, meningkatkan rangkaian logistik, serta mengurangkan kesesakan lebuh raya sedia ada menjelang tahun 2030.
Jelas Fazli projek WCE Selatan ini adalah laluan alternatif strategik yang mampu menjimatkan masa perjalanan dan memperkukuh kedudukan Johor sebagai hab ekonomi serantau. Ia bakal memberi manfaat besar kepada pengguna jalan raya serta pelabur,” katanya dalam kenyataan di Facebook pada Ahad.
WCE pada asalnya dilancarkan pada 2014 untuk menghubungkan Banting, Selangor hingga ke Taiping, Perak, sejauh lebih 200 kilometer.
Sebahagian besar jajaran utara kini telah beroperasi, manakala beberapa seksyen lain masih dalam pembinaan.
Pembinaan jajaran selatan yang kini dalam peringkat kajian merupakan kesinambungan penting bagi melengkapkan rangkaian WCE dari utara hingga ke selatan Semenanjung.
Jika siap kelak, lebuh raya ini dijangka menjadi laluan alternatif utama selain Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), sekali gus mengurangkan kesesakan terutama di kawasan tumpuan seperti Johor Bahru dan Lembah Klang.
Kerajaan sebelum ini menyatakan bahawa WCE Selatan bukan sahaja akan meningkatkan kecekapan logistik, tetapi berpotensi merancakkan pembangunan bandar baharu, kawasan perindustrian dan pelancongan di sepanjang jajaran.
Ringkasan AI
- Kajian pembinaan WCE Selatan sedang dijalankan untuk menghubungkan Banting, Selangor hingga Gelang Patah, Johor sepanjang 230 km, melibatkan 4 negeri dan 14 PBT.
- Projek ini dijangka memperkukuh rangkaian logistik, kurangkan kesesakan lebuh raya, dan buka peluang pelaburan baharu, khususnya di daerah Batu Pahat, Muar, Tangkak, Pontian dan Johor Bahru menjelang 2030.
- WCE Selatan bakal jadi laluan alternatif utama kepada PLUS, serta merangsang pembangunan bandar baharu, kawasan industri dan pelancongan di sepanjang laluan dari utara ke selatan Semenanjung.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur Dan Komunikasi Negerri Johor, Fazli Mohamad Salleh berkata, dengan panjang laluan dianggarkan 230 kilometer, projek strategik itu bakal menghubungkan empat negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor, melibatkan 11 daerah serta 14 pihak berkuasa tempatan (PBT).
Di Johor, jajaran WCE Selatan akan melalui daerah Batu Pahat, Muar, Tangkak, Pontian dan Johor Bahru, menjadikannya pemacu penting dalam membuka peluang pelaburan baharu, meningkatkan rangkaian logistik, serta mengurangkan kesesakan lebuh raya sedia ada menjelang tahun 2030.
Jelas Fazli projek WCE Selatan ini adalah laluan alternatif strategik yang mampu menjimatkan masa perjalanan dan memperkukuh kedudukan Johor sebagai hab ekonomi serantau. Ia bakal memberi manfaat besar kepada pengguna jalan raya serta pelabur,” katanya dalam kenyataan di Facebook pada Ahad.
WCE pada asalnya dilancarkan pada 2014 untuk menghubungkan Banting, Selangor hingga ke Taiping, Perak, sejauh lebih 200 kilometer.
Sebahagian besar jajaran utara kini telah beroperasi, manakala beberapa seksyen lain masih dalam pembinaan.
Pembinaan jajaran selatan yang kini dalam peringkat kajian merupakan kesinambungan penting bagi melengkapkan rangkaian WCE dari utara hingga ke selatan Semenanjung.
Jika siap kelak, lebuh raya ini dijangka menjadi laluan alternatif utama selain Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), sekali gus mengurangkan kesesakan terutama di kawasan tumpuan seperti Johor Bahru dan Lembah Klang.
Kerajaan sebelum ini menyatakan bahawa WCE Selatan bukan sahaja akan meningkatkan kecekapan logistik, tetapi berpotensi merancakkan pembangunan bandar baharu, kawasan perindustrian dan pelancongan di sepanjang jajaran.

#laluan alternatif strategik
#akan meningkatkan kecekapan logistik t
#melibatkan 11 daerah serta 14 pihak berkuasa tempatan PBT