awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Kak Long' tiada sensitiviti, keterlaluan persenda OKU

Bernama
Bernama
18/03/2022
23:13 MYT
'Kak Long' tiada sensitiviti, keterlaluan persenda OKU
Jamaluddin dan salah seorang AJK persatuan, Fairuz Abdullah, menunjukkan salinan laporan polis dibuat terhadap 'Kak Long' di IPD Seri Alam, Pasir Gudang, 18 Mac 2022. - Foto Sinar Harian
JOHOR BAHRU: Perbuatan seorang wanita dikenali sebagai 'Kak Long' yang mempersendakan komuniti Orang Kurang Upaya (OKU), menerusi video tular di media sosial baru-baru ini adalah keterlaluan dan tidak menjaga sensitiviti, kata Presiden Persatuan Sokongan Kebajikan Wawasan OKU Johor Bahru Jamaluddin Abdul Malik.
Beliau yang menyuarakan rasa kecewa dengan perkara itu, mendesak agar wanita berkenaan membuat permohonan maaf secara rasmi.
"Kita mahu wanita berkenaan memohon maaf secara rasmi dan bukan hanya menerusi hantaran di Facebook dia sahaja. Isu ini harus menjadi pengajaran kepada semua dan tidak seharusnya terjadi lagi... kena jaga sensitiviti," katanya pada sidang media, di sini semalam.
BACA: 'Kami ada perasaan, maruah' - Sahabat OKU Perak buat laporan polis, mahu Kak Long mohon maaf
BACA: 'Tiada kes curi, hanya salah faham' - Kes ibu mengamuk anak dituduh mencuri selesai
Beliau berkata isu itu juga akan dirujuk kepada Ahli Dewan Negara yang mewakili golongan OKU Senator Datuk Ras Adiba Radzi, bagi memastikan tindakan dapat diambil, sekiranya wanita berkenaan tidak membuat permohonan maaf.
Pada Khamis, Ras Adiba menerusi kenyataan berkata wanita berkenaan perlu membuat permohonan maaf secara terbuka dan melakukan aktiviti amal sebagai pengajaran.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#OKU
#Kak Long
#permohonan maaf
#keterlaluan persenda OKU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan