Kakak ipar Perdana Menteri meninggal dunia

Astro Awani
Januari 19, 2022 15:02 MYT
Perkara itu disahkan sendiri oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi laman Twitter rasminya malam ini.
KUALA LUMPUR : Kakak ipar kepada Perdana Menteri, Siti Fatimah Ismail, meninggal dunia di Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan di sini, pada Rabu malam.
Perkara itu disahkan sendiri oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi laman Twitter rasminya pada jam 9.32 malam ini.
"Innalillahiwainnailaihirojiun. Kakak ipar saya, Siti Fatimah binti Ismail baru sahaja menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan, Kuala Lumpur sebentar tadi.
"Semoga roh beliau ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah," menurut perkongsian itu.
Bagaimanapun, beliau tidak memberitahu perincian lanjut berkenaan punca pemergian kakak iparnya itu.

Innalillahiwainnailaihirojiun Kakak ipar saya, Siti Fatimah binti Ismail baru sahaja menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Angkatan Tentera (HAT) Mizan, Kuala Lumpur sebentar tadi. Semoga roh beliau ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

— Ismail Sabri (@IsmailSabri60) January 19, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Kakak Ipar Perdana Menteri #Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob #Siti Fatimah binti Ismail #meninggal dunia