awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
APMM rampas hampir sejuta rokok seludup di Sungai Golok
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kaki judi lari bertempiaran 'port' dalam ladang kelapa sawit diserbu

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
16/06/2023
03:56 MYT
Kaki judi lari bertempiaran 'port' dalam ladang kelapa sawit diserbu
Seramai 20 orang yang sedang leka bermain judi bertempiaran lari apabila diserbu polis di Ladang Kelapa Sawit, Kampung Titi Akar, Pendang, Kedah, pada Khamis. - Gambar Astro AWANI
PENDANG: Seramai 20 orang yang sedang leka bermain judi bertempiaran lari apabila diserbu polis di Ladang Kelapa Sawit, Kampung Titi Akar, di sini, pada Khamis.
Dalam serbuan jam 7.15 malam oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah berjaya menahan 15 lelaki dan lima wanita dan merampas wang tunai RM28,624. Menurut Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh, ketika serbuan dilakukan, kesemua kaki judi itu sedang leka berjudi.
Fisol berkata, dalam serbuan itu juga, seorang lelaki tempatan berusia 53 yang dipercayai menjadi penganjur serta seorang lelaki berusia 59 tahun yang menjadi penaruh judi (congker) turut ditahan.
Katanya, kedua-dua suspek pernah ditahan sebanyak dua kali sebelum ini atas kesalahan sama.
“Kesemua tangkapan ini kita akan tuduh dibawah Seksyen 7 (2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan jika disabit kesalahan boleh dihukum tidak melebihi RM5,000 atau dipenjara tidak melebihi enam bulan,” kata Fisol.
Katanya, kesemua mereka ditahan berusia 18 hingga 78 tahun dan menjadikan kawasan ladang itu sebagai ‘port’ mereka sejak tiga tahun lalu.
Kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang untuk siasatan lanjut.
Sementara itu, Fisol berkata, bermula awal Januari sehingga 15 Mei lalu, sebanyak 955 serbuan menerusi ‘Op Dadu’ dilakukan dan berjaya menahan seramai 982 melibatkan kesalahan judi dalam talian (online), judi loteri awam tanpa lesen dan lain-lain.
Katanya, daripada tangkapan itu, sebanyak 955 kertas siasatan telah dibuka dan sebanyak 477 kes telah dituduh di mahkamah.
Topic Berkaitan
#kaki judi
#port diserbu
#ladang kelapa sawit
#Kampung Titi Akar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan