KUALA LUMPUR: Selepas lama ditutup, pawagam kini sudah dibenarkan beroperasi semula namun hanya untuk individu yang sudah menerima vaksin lengkap.
Khabar gembira itu disambut baik 'kaki wayang' yang tidak sabar-sabar mahu menonton filem terbaharu, tempatan mahupun antarabangsa.
Persoalannya, kebenaran sudah ada namun bagaimana pula dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP)?
Kru Astro AWANI ke sebuah pawagam di kompleks membeli-belah terkemuka di Kuala Lumpur bagi melakukan tinjauan pematuhan SOP di sana.
BACA: Pawagam sedia kembali beroperasi, penerima vaksinasi lengkap saja dibenarkan masuk
Keseluruhannya, SOP dipatuhi sepenuhnya malah bermula sebaik sahaja pengunjung menjejakkan kaki ke pawagam tersebut.
Pertama, imbas MySejahtera di laluan utama, beli tiket dan makanan sebelum terus pergi ke laluan kedua.
Di laluan kedua, di sinilah petugas akan memeriksa sijil vaksinasi anda dan kalau tidak lengkap dua dos, anda diminta untuk pulang.
Masuk ke panggung, SOP dipraktikkan sekali lagi dengan tumpuan lebih kepada penjarakan fizikal dengan menjarakkan kedudukan penonton.
Bahkan sebelum tayangan bermula, iklan pematuhan SOP ditayangkan dan sepanjang berada di sana, pelitup muka wajib dipakai, hanya boleh dibuka ketika makan.
Begitupun, di sebalik SOP yang agak ketat dan pelbagai, pengunjung dilihat tidak langsung kekok untuk mematuhinya.
Malah mereka teruja untuk kembali menonton filem di pawagam.
Menurut Zakwan Hasni, 24, dia datang ke pawagam untuk melihat senarai filem ditayangkan dan selepas ini tidak sabar menunggu tayangan filem-filem baharu.
“Sekurang-kurangnya boleh hilangkan tekanan bila hujung minggu, keluar dengan kawan-kawan.
“Sekarang ini nampak walaupun baru buka tapi boleh kata ramai jugalah. Saya nak tunggu lama sikit, nanti kalau dah kosong dan ada filem menarik, saya nak datang lagi,” katanya.
Seorang lagi pengunjung, Nur Aida Tai Abdullah pula mengakui gembira dengan kelonggaran terbaharu itu.
“Dah lama duduk di rumah kan, tekanan juga, kerja dari rumah, tak keluar pun. Jadi dah diberi kelonggaran, peluang ini, kita pun keluar pergi makan, sebab dah lengkap vaksin kan, bolehlah makan di kedai.
“Saya memang sangat-sangat terujalah. Terima kasih kepada kerajaan kerana dah longgarkan SOP. Harap-harap lepas ini boleh merentas negerilah,” ujarnya.
Begitupun, tinjauan juga mendapati jumlah pengunjung dilihat tidak begitu ramai, mungkin kerana filem ditayangkan juga tidak begitu banyak namun untuk beberapa bulan mendatang, situasinya dijangka berubah.
Ridauddin Daud
Thu Sep 16 2021

Sejak dari awal masuk, sampailah ke dalam panggung wayang, SOP dipraktikkan sebaik mungkin dan pengunjung juga dilihat tiada masalah untuk mematuhinya. - Foto Astro AWANI
AWANI Ringkas: Kebakaran stesen janakuasa di Port Dickson
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Zoo Jepun larang lelaki bujang masuk taman haiwan
Sebuah zoo di Jepun melarang lelaki bujang memasuki kemudahannya kerana dibimbangi akan menganggu pengunjung wanita.
TikTok kembali ke App Store Apple AS
TikTok kembali ke App Store Apple Di Amerika Syarikat pada Khamis selepas Presiden Donald Trump menangguhkan pengharaman-nya sehingga 5 April.
Jelajah Assalamualaikum Rara 2025 Kelantan
Menyahut semangat kepelbagaian ini, Astro meneruskan siri jelajah Assalamualaikum Rara 2025 dengan tema 'Meriah Lain Macam'. Saksikan perkongsian lanjut bersama wartawan Astro AWANI, Amirul Aiman dan Duta Ramadan Raya Astro, Zizan Razak.
Gencatan senjata: Hamas akan bebaskan tawanan jika Israel patuhi perjanjian
Kumpulan Pejuang Palestin Hamas bahawa ia sedia untuk menyambung semula pembebasan tawanan seterusnya pada Sabtu jika Israel mematuhi syarat perjanjian gencatan senjata Gaza.

Analisis: ASEAN mungkin harapan terakhir warga Malaysia berdepan hukuman gantung di Singapura
Pannir Selvam mungkin menjalani hukuman gantung pada bila-bila masa selepas rayuan terakhirnya ditolak.
Kebakaran Stesen Janakuasa: TNB jalankan pemeriksaan, pemulihan
Tenaga Nasional Berhad (TNB) memaklumkan pasukan teknikal sedang menjalankan kerja-kerja pemeriksaan serta pemulihan yang diperlukan berhubung insiden kebakaran di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar, Port Dickson malam tadi.
[TERKINI] KDNK: Memacu pertumbuhan, menerap kemampanan
Penganalisis Ekonomi, UNIKL Business SchoolProf Madya Dr aimi Zulhazmi Abdul Rashid mengulas lanjut berkenaan pertumbuhan ekonomi 2024 serta unjuran bagi 2025.

KDNK Malaysia berkembang 5.1 peratus pada 2024, terbaik dalam dua tahun
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), ia didorong oleh peningkatan pelaburan dan pemulihan permintaan domestik.

Ekonomi Singapura berkembang 4.4 peratus pada 2024 - MTI
Ekonomi Singapura berkembang 4.4 peratus pada 2024, meningkat daripada anggaran awal 4.0 peratus.

Anak Perjanjian Syaitan 2 kini ditayang di Pakistan
Selepas berjaya meraih kutipan RM3.5 juta di negara ini, filem Anak Perjanjian Syaitan 2 kini ditayangkan di Pakistan.

Mega Fans Screening Filem Takluk: Lahad Datu
Filem ini bukan sahaja mengangkat kisah benar yang menyentuh hati, tetapi juga memperingati keberanian para wira yang mempertahankan tanah air.

Polis Evo 3 catat kutipan box office RM50 juta!
Ia menjadikan filem arahan Syafiq Yusof itu sebagai filem yang merekodkan kutipan tertinggi bagi tahun 2023 di Malaysia.

Lebih 50,000 peminat raikan Polis Evo 3 di Johor
Siri jelajah seterusnya akan diadakan di Melaka pada 11 Jun (Ahad) di GSC Aeon Bandaraya, mmC Mahkota Parade dan MBO ElementX.

'All Of Those Voices - Louis Tomlinson' tidak akan ditayangkan di Malaysia
Filem tersebut tidak akan ditayangkan berikutan gesaan LPF Malaysia supaya beberapa bahagian filem dokumentari itu dipotong.

'Cocaine Bear' catat prestasi luar biasa
'Cocaine Bear' berjaya mengutip AS$23.1 juta pada minggu pertama tayangan box office di Amerika Syarikat.

'Pakai kain pelikat di rumah pun boleh tengok Astro dan Netflix, tak perlu ada pawagam' - Mohd Amar
Kerajaan Pas Kelantan kekal dengan keputusan untuk tidak membenarkan panggung wayang dibuka di negeri ini kerana ianya bukan satu keperluan.

Elak trend bawa bayi ke pawagam, doktor kongsi kesannya kepada kesihatan bayi
Beberapa risiko bakal berlaku kepada bayi di bawah usia 2 tahun jika dibawa ke pawagam.

Kaki wayang teruja kembali ke pawagam, tak cukup dua dos tak dibenar masuk
Keseluruhannya, SOP dipatuhi sepenuhnya malah bermula sebaik sahaja pengunjung menjejakkan kaki ke pawagam tersebut.

GSC, TGV tetap tarikh buka semula pawagam
Dua operator pawagam terbesar di Malaysia iaitu Golden Screen Cinemas (GSC) dan TGV, akhirnya mengumumkan tarikh pembukaan semula premis hiburan itu kepada individu yang lengkap divaksin.