ALOR SETAR: Kerajaan Kedah hari ini mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM1,000 kepada semua kakitangan awam negeri itu.
Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor berkata pemberian itu yang akan memanfaatkan seramai 5,300 kakitangan awam negeri, termasuk lantikan kontrak, melibatkan peruntukan sebanyak RM5.3 juta.
"Pemberian ini adalah bagi menghargai jasa dan pengorbanan semua kakitangan awam di negeri ini yang bekerja keras selama ini," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di sini hari ini.
Beliau berkata jumlah pemberian itu juga mengambil kira kutipan hasil kerajaan negeri yang meningkat sebanyak RM100 juta bagi suku pertama tahun ini, iaitu sebanyak RM219 juta berbanding RM109 juta bagi tempoh sama (Januari-April) tahun lepas.
Bayaran bantuan kewangan itu akan dibuat sebelum hari raya Aidilfitri ini, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 28 2021
MUHAMMAD SANUSI: Pemberian ini adalah bagi menghargai jasa dan pengorbanan semua kakitangan awam di negeri ini yang bekerja keras selama ini. - Gambar fail
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pembangkang usul pecat kedua terhadap Suk Yeol
Parti pembangkang Korea Selatan sekali lagi, mengemukakan usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Khamis susulan kontroversi berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon sebelum ini. Ia selepas kegagalan usul pemecatan pertama yang tidak diluluskan di Parlimen negara itu sebelum ini.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Ratusan penunjuk perasaan bertembung dengan polis di Seoul
Ratusan penunjuk perasaan yang menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bertembung dengan polis pada Khamis ketika mereka cuba memasuki kediaman rasmi presiden itu di Seoul.
PM gesa institusi pendidikan manfaatkan pameran sejarah dunia Melayu-Islam
Perdana Menteri berkata gesaan ini turut ditujukan kepada Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Perpustakaan Negara Malaysia.
Majoriti rakyat Malaysia anggap layanan kerajaan pilih kasih
Majoriti rakyat Malaysia terutama kaum Melayu dan Cina melihat kerajaan tidak melayan semua pihak secara adil kerana wujud perbezaan kelas.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan mula beroperasi - Fahmi
Sebanyak 318 stesen pemancar atau menara telekomunikasi di seluruh negara yang terkesan bencana banjir sejak November hingga Khamis, telah mula beroperasi semula.
PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar bekas Naib Presiden parti itu Datuk Zuraida Kamaruddin daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.
Kakitangan awam negeri Kedah terima bantuan khas RM400
Kerajaan negeri Kedah hari ini memutuskan untuk memberi bantuan khas RM400 kepada kakitangan awam negeri itu yang akan dibayar pada 14 Sept ini.
RM2.5 juta Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin COVID-19 disalurkan - KKM
Permohonan tersebut diluluskan Jawatankuasa Induk Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin.
Bayaran khas Aidilfitri kepada pegawai MKK, masjid dilewatkan kepada 17 Mei
Bantuan khas Aidilfitri kepada pengerusi dan setiausaha Majlis Ketua Kampung (MKK) serta pegawai masjid di Kedah yang sepatutnya dibayar pada 18 April lepas terpaksa dilewatkan kepada 17 Mei depan.
Kedah umum bantuan khas Aidilfitri kepada pegawai MKK, masjid
Kerajaan Kedah mengumumkan bantuan khas Aidilfitri sebanyak RM200 kepada 3,924 penerima terdiri daripada pengerusi dan setiausaha Majlis Ketua Kampung (MKK) serta pegawai masjid di negeri ini.
Penjawat awam Pulau Pinang terima 'duit raya' 17 April ini
Seramai 7,078 penjawat awam Pulau Pinang bakal menerima BKK sebanyak 0.75 bulan gaji atau minimum RM1,500.
LPP kenal pasti senarai pesawah layak dapat Bantuan Khas Bernas
Penyaluran peruntukan khas itu dilaksanakan secara berperingkat di tiga negeri Pantai Timur terlebih dahulu iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Perlis lulus bantuan khas RM700 kepada kakitangan awam
Kerajaan Perlis bersetuju memberikan bantuan khas kewangan sebanyak RM700 kepada penjawat awam negeri gred 54 dan ke bawah.
Penjawat awam Melaka terima dua bantuan khas kewangan - Ketua Menteri
Kerajaan Negeri Melaka mengumumkan pemberian dua bantuan khas kewangan kepada kumpulan penjawat awam di negeri itu.
Kedah sedia bantuan khas berjumlah RM5 juta
Kerajaan negeri akan menyediakan bantuan khas berjumlah RM5 juta dalam usaha membantu meringankan beban golongan yang memerlukan, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah dimaklumkan hari ini.
Penjawat awam Kedah terima bantuan khas RM1,500
Bantuan khas kewangan melibatkan pembayaran sebanyak RM8 juta itu akan dibayar pada Disember ini.