TEMERLOH:Seorang kakitangan bank maut selepas terkena renjatan elektrik di garaj kereta hadapan rumahnya di Kampung Paya Kechik di sini pada Selasa.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, mangsa, Isyraf Muhammad, 41, disahkan meninggal dunia oleh doktor bertugas selepas dibawa ke Klinik Kesihatan Tanjung Lalang.
Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Yusri Othman berkata hasil temu bual awal dengan keluarga, kejadian berlaku semasa mangsa sedang memerhatikan keadaan air hujan dan banjir di halaman rumahnya.
"Ketika kejadian mangsa telah memegang tiang besi hadapan rumah terbabit.
"Secara tiba-tiba ibunya ternampak anaknya telah terkena renjatan arus elektrik dan cuba membantu tetapi dalam masa sama, ibunya terpelanting ke belakang," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Beliau berkata mangsa seterusnya dibawa ke klinik untuk rawatan dan telah disahkan meninggal dunia oleh doktor bertugas.
"Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) untuk bedah siasat manakala ibunya turut dibawa ke hospital sama untuk rawatan dan keadaannya tidak membimbangkan.
"Hasil pemeriksaan luaran tubuh si mati telah dibuat bersama petugas bahagian forensik mendapati tiada terdapat sebarang kecederaan yang boleh dikaitkan dengan unsur jenayah," katanya.
Menurutnya, pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah dihubungi untuk menjalankan siasatan dan mengenal pasti punca arus elektrik berkenaan.
"Kes terbabit diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan lanjut diteruskan," katanya.
Sinar Harian
Wed Jan 06 2021
Isyraf Muhammad, 41, disahkan meninggal dunia oleh doktor bertugas selepas dibawa ke Klinik Kesihatan Tanjung Lalang. -Foto Sinar Harian
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
[TERKINI] Wan Azizah, Mohamad Sabu dan Anthony Loke nafi kenyataan Tun M
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan keputusan tidak meneruskan semakan dan tafsiran berhubung isu Pulau Batu Puteh dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri secara bertulis.
AWANI Ringkas: Amaran hujan tahap waspada sehingga Jumaat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
Kakitangan bank maut terkena renjatan elektrik
Kejadian berlaku semasa mangsa sedang memerhatikan keadaan air hujan dan banjir di halaman rumahnya.