GEORGE TOWN:Bank Simpanan Nasional (BSN) Pulau Pinang mengesahkan kakitangan bank itu di cawangan Sungai Dua, di Butterworth dekat sini perlu menjalani ujian saringan COVID-19 selepas mereka mempunyai kontak rapat dengan pesakit COVID-19.
Ketua Operasi BSN Negeri Pulau Pinang Malinda Ismail @ Che Pit berkata semua kakitangan berusia 27 hingga 34 tahun itu menjalani ujian saringan di hospital dan setakat ini pihaknya belum menerima keputusan.
"BSN cawangan Sungai Dua pada 13 Okt lalu telah menerima seorang pelanggan yang datang membuka akaun bank di situ dan wanita tersebut yang merupakan penghuni sebuah pusat jagaan orang tua di Pongsu Seribu telah disahkan positif pada 15 Okt lepas.
"Berikutan itu, semua petugas BSN telah diarahkan untuk menjalani ujian saringan COVID-19 bimbang dijangkiti penyakit tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, Klinik Tejani Medical di Tanjung Bungah, di sini ditutup sehari hari ini bagi proses sanitasi selepas terdapat seorang pelanggan yang datang ke klinik itu pada 14 Okt lalu disahkan positif COVID-19 hari ini.
Menurut kenyataan pengurusan klinik itu, semua kakitangan klinik telah menjalani ujian saringan COVID-19 manakala petugas yang mempunyai kontak rapat dengan pesakit yang positif tersebut perlu menjalani kuarantin.
"Semua pesakit yang datang ke klinik itu sejak dua minggu lalu tidak perlu menjalani ujian saringan COVID-19 kecuali jika mereka dihubungi pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk berbuat demikian," katanya.
Pihaknya sentiasa memastikan klinik itu mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan pihak KKM dan menjangkakan premis tersebut akan beroperasi semula esok.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 22 2020
Berikutan itu, semua petugas BSN telah diarahkan untuk menjalani ujian saringan COVID-19 bimbang dijangkiti penyakit tersebut. - Gambar fail/BERNAMA
Agong mahu perhatian dan peruntukan saksama di semua negeri, kawal penghijrahan ke ibu kota
Yang di-Pertuan Agong menzahirkan harapan agar perhatian dan peruntukan dibahagikan secara saksama kepada semua bandar di 13 negeri seluruh Malaysia.
'Lamb shank' percik nasi 'Calcutta' gamit penggemar daging kambing
Cubaan dua rakan memperkenalkan menu lamb shank percik di Bazar Ramadan Stadium Perak membuahkan hasil apabila mendapat sambutan dan laris dijual sejak hari pertama penjualannya.
Permohonan undang-undang warganegara akan dimaklumkan dalam masa setahun
Selepas selesai urusan meminda Perlembagaan Persekutuan, status permohonan berhubung undang-undang warganegara akan dimaklumkan dalam masa setahun.
KDN beri hampir 14,000 keputusan permohonan warganegara
KDN sudah memberi hampir 14,000 keputusan permohonan warganegara dan angka itu yang paling tinggi setakat ini.
Setakat 7 Mac tahun ini, semua permohonan sudah selesai - Saifuddin
Anak-anak yang lahir di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia akan mendapat kewarganegaraan secara automatik dan bukan lagi secara pendaftaran sebaik pindaan Perlembagaan selesai.
Isu stoking: Pemimpin politik perlu jadi pembina jambatan selesaikan isu sensitif - Anthony Loke
Pemimpin parti politik seharusnya menjadi 'pembina jambatan' dalam mengeratkan semangat perpaduan di negara ini.
Tom dan Fuad Rahman umum nama anak
Pasangan selebriti Tom dan Fuad Rahman melahirkan rasa syukur apabila selesai mendaftarkan nama anak perempuan mereka.
Kelibat Kate Middleton dilihat dalam video terbaharu
Namun begitu, pengguna media sosial belum berpuas hati dengan video terbaharu itu, dengan ramai mempersoalkan mengapa ia kelihatan sangat kabur.
Stokin kalimah Allah: Yang di-Pertuan Agong murka, titah tindakan paling keras
Baginda bertitah mahu tindakan paling keras diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah.
AWANI Ringkas: Agong murka isu penjualan stoking tertera kalimah Allah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pengait buah kelapa sawit sekelip mata jadi jutawan dengan BSN SSP
Johan A/L Mat dari Dengkil, Selangor yang mula menyimpan dalam BSN SSP sejak 2013 menjadi jutawan BSN SSP ke-93 tahun ini.
Lebih 1,800 penerima STR, SARA disantuni dalam program penyerahan bantuan di Beaufort
Kalangan penerima menzahirkan rasa syukur di atas sumbangan itu yang sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan sara hidup mereka seharian.
BSN SSP terus komited lahirkan lebih ramai penyimpan jutawan
Tujuh kategori cabutan diperkenalkan tahun ini yang akan memberi peluang kepada lebih ramai penyimpan untuk menang.
Dewan Rakyat: Bank bergerak mudahkan urusan bantuan tunai kerajaan di Sabah dan Sarawak
Bantuan tunai kerajaan di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak akan diperkasakan dengan perkhidmatan Cawangan Bank Bergerak (CBB).
Lebih banyak bantuan untuk rakyat selepas BKC - PM Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata BKC adalah antara bantuan bagi membantu meringankan beban rakyat yang terkesan akibat COVID-19.
BSN galakkan orang ramai menyimpan untuk masa depan
BSN SSP turut memberikan kelebihan 3 dalam 1' dengan menawarkan kadar keuntungan yang tinggi melalui simpanan BSN SSP Special Edition (BSN SSP SE).
BSN masih tawar bantuan bayaran untuk pelanggan bersasar
Sebarang bantuan pembayaran yang diambil tidak akan menjejaskan status Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) pelanggan terlibat.
Pemuda 21 tahun menang cabutan istimewa BSN SSP bernilai RM1 juta
Pemuda dari Kelantan menang cabutan istimewa Sijil Simpanan Premium yang membawa pulang RM1 juta.
Bayaran fasa pertama BPN 2.0 bermula awal dari jadual
Pembayaran sedang dibuat secara berperingkat dengan mengutamakan golongan B40 melibatkan 7.5 juta penerima iaitu 3.7 juta penerima kategori isi rumah dan 3.8 juta penerima kategori bujang.
Kakitangan BSN Sg Dua jalani ujian saringan COVID-19
BSN Pulau Pinang mengesahkan kakitangan bank itu di cawangan Sungai Dua, di Butterworth perlu menjalani saringan COVID-19.