awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kakitangan KKM cedera pacuan empat roda terbabas

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
20/10/2021
02:45 MYT
Kakitangan KKM cedera pacuan empat roda terbabas
Kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia diberi bantuan oleh pasukan keselamatan selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terlibat dalam kemalangan di Jalan Jelapang, berhampiran Taman Meru Perdana, Ipoh pada Rabu. -Foto JBPM Perak
IPOH: Seorang kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) cedera setelah kenderaan pacuan empat roda dipandunya terbabas di Jalan Jelapang-Taman Meru Perdana, di sini, hari ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya dihantar ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat pada pukul 7.29 pagi.
Menurut jurucakap itu, sebaik tiba di lokasi, didapati sebuah kenderaan pacuan empat roda milik KKM telah terbabas masuk ke dalam parit di bahu jalan.
"Terdapat seorang lelaki tersepit namun mangsa berusia 42 tahun yang cedera telah dikeluarkan orang awam.
"Berdasarkan maklumat awal, mangsa dalam perjalanan dari rumahnya di Chemor ke tempat kerja di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB)," kata jurucakap itu.
Menurutnya, mangsa diberikan rawatan awal oleh Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) sebelum dihantar ke HRPB untuk rawatan lanjut.
Topic Berkaitan
#KKM
#pacuan empat roda
#Jalan Jelapang
#kereta terbabas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan