awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kakitangan Suhakam tidak teruskan piket, Cuepacs akan runding cari penyelesaian

Bernama
Bernama
10/01/2025
08:01 MYT
Kakitangan Suhakam tidak teruskan piket, Cuepacs akan runding cari penyelesaian
Adnan memaklumkan piket tidak diteruskan setelah Cuepacs mengadakan perbincangan bersama Kesatuan Pekerja-Pekerja Suhakam (KPPSHM). - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) akan mengadakan rundingan dengan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) bagi mencari penyelesaian terbaik, berkaitan tuntutan dan permasalahan dihadapi kumpulan pekerja suruhanjaya itu.
Presiden Cuepacs Datuk Adnan Mat dalam kenyataan hari ini memaklumkan setelah Cuepacs mengadakan perbincangan bersama Kesatuan Pekerja-Pekerja Suhakam (KPPSHM), mereka bersetuju tidak meneruskan piket yang dijadualkan berlangsung hari ini.
"Menurut maklumat yang diterima, tindakan piket yang dirancang adalah disebabkan beberapa isu berkaitan tuntutan kenaikan gaji dan sistem penilaian prestasi yang berbeza.
"Cuepacs akan membawa perkara ini untuk rundingan bersama dengan Suhakam bagi menyelesaikan permasalahan ini secara menyeluruh dan memberi kebaikan kepada semua pihak yang terlibat," katanya.
Adnan berkata, oleh itu, Cuepacs memohon agar Pengerusi Suhakam Datuk Seri Mohd Hishamudin Md Yunus dan Jabatan Perdana Menteri memberi ruang untuk proses perundingan dijalankan dengan segera bagi mengelakkan isu ini berlarutan tanpa penyelesaian.
Sementara itu, beliau menyeru agar semua warga kerja Suhakam terus berkhidmat seperti biasa dan dengan penuh profesionalisme sementara rundingan dapat dijalankan dengan baik dan harmoni.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cuepacs
#Suhakam
#piket
#Adnan Mat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan