awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hari pertama persekolahan SJKC Ladang Regent Elmina meriah, AI jadi tarikan utama
Powell dedah sedang disiasat, enggan akur tekanan politik Trump
Mahkamah Hong Kong mula dengar rayuan mitigasi taikun media, Jimmy Lai sebelum hukuman dijatuhkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Kalau nak KTMB untung, kita naikkan harga tambang komuter' - Loke

Asyraf Malik
Asyraf Malik
14/07/2025
08:47 MYT
'Kalau nak KTMB untung, kita naikkan harga tambang komuter' - Loke
Anthony Loke mengulas keadaan kewangan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) ketika sidang media Penerimaan Kumpulan Akhir Bas Diesel Rapid KL di Batu Caves pada Isnin. - Gambar Astro AWANI/ Ikqwan Lee
GOMBAK: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) setakat ini belum meraih keuntungan daripada segi operasi, malah gagal mencapai 'break even' atau pulang modal.

Ringkasan AI
  • KTMB masih belum mencapai pulang modal dan tidak meraih keuntungan operasi, namun Menteri Pengangkutan menegaskan ia bukan isu kerana KTMB sebagai GLC mempunyai tanggungjawab sosial kepada rakyat.
  • Segmen kargo KTMB mencatat keuntungan, tetapi hasilnya digunakan untuk menampung kos operasi perkhidmatan lain seperti komuter yang mengalami defisit akibat tambang rendah.
  • Fokus utama KTMB adalah penambahbaikan perkhidmatan komuter dan ETS, dengan keutamaan kepada kestabilan struktur kewangan berbanding keuntungan semata-mata.

Bagaimanapun Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menegaskan perkara itu tidak wajar dijadikan isu kerana KTMB merupakan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
"Kalau nak KTMB untung, kita naikkan harga tambang. Tapi adakah rakyat boleh menerima dengan hati terbuka?
"KTMB adalah GLC, ada tanggungjawab sosial perlu digalas. Memang KTMB kekurangan perbelanjaan operasi, kita harapkan dana kerajaan, sebab itu tiada keuntungan dan belum sampai 'break even point'.
"Perkara lebih mustahak untuk KTMB adalah tambah baik perkhidmatan komuter dan tren elektrik (ETS)," ujar Loke dalam sidang media Penerimaan Kumpulan Akhir Bas Diesel Rapid KL, di sini, pada Isnin.
Tambah beliau, kargo antara segmen KTMB membawa keuntungan, namun pulangan itu digunakan untuk menampung kos operasi lain yang mengalami defisit seperti komuter.
"Perkhidmatan komuter memang rugi sebab tambang murah. Bukan soal keuntungan dititikberatkan KTMB, struktur kewangan yang stabil itu lebih penting," jelas Loke.
Laporan Ketua Audit Negara 2018 Siri 2 mendedahkan kerugian terkumpul KTMB hingga 31 Disember 2018 sudah mencecah RM2.83 bilion.
Topic Berkaitan
#KTMB
#Anthony Loke
#Menteri Pengangkutan
#perkhidmatan komuter
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan