"Kalau tak mampu jadi baik, jangan halang orang lain jadi baik,' tegur Kazim Elias

Madiha Abdullah
Ogos 3, 2015 06:11 MYT
"Yang haram tetap haram walau sekadar lakonan," - Kazim Elias
Kenyataan seorang Menteri berhubung isu bersentuhan dan berpakaian seksi di dalam filem dan drama mendapat reaksi negatif daripada kebanyakan warga media sosial.
Antara yang lantang menegur perkara kenyataan tersebut ialah penceramah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias.
Dalam status yang dimuat naik di Facebook, Mohd Kazim menegur Menteri berkenaan agar tidak mencampur-adukkan hukum Islam dengan pendapat peribadi.
Jelas Mohd Kazim, matlamat tidak akan sesekali menghalalkan cara.
"Yang haram tetap haram walau sekadar lakonan," tulis Mohd Kazim dalam status berkenaan.
Dalam nada sinis, beliau juga turut meminta agar niat sesetengah pihak untuk menjadi baik tidak dihalang.
"Kalau kita tak mampu jadi baik tapi janganlah halang orang lain nak jadi baik," katanya.
Beberapa hari lalu, seorang Menteri mengeluarkan kenyataan menegur Lembaga Penapisan Filem (LPF) agar tidak berfikiran sempit dan meminta agar dibuat kajian semula garis panduan penapisan bagi penerbitan drama atau filem.
#drama #filem #LPF #Ustaz Kazim Elias