awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jelajah kemanusiaan Rizalman sentuh jiwa, beri harapan dan melunas amanah
Kanak-kanak tiga tahun maut dalam kebakaran di Banting
India, Malaysia akan bincang semakan perjanjian perdagangan semasa lawatan Modi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Kalau terpaksa, individu kes mahkamah boleh diberi jawatan bukan substantif' - Pakar Parlimen

Israr Khalid
Israr Khalid
02/12/2022
00:50 MYT
'Kalau terpaksa, individu kes mahkamah boleh diberi jawatan bukan substantif' - Pakar Parlimen
Anwar perlu perlu mengotakan janjinya untuk tidak berkompromi dalam soal integriti pada masa sama memerlukan sokongan individu utama dari UMNO-BN untuk mengukuhkan kedudukannya.
KUALA LUMPUR: Sekali lagi ditegaskan, individu yang berdepan kes di mahkamah tidak boleh dilantik menjadi menteri dalam Kabinet Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Namun kata pakar Parlimen, Maha Balakrishnan, seandainya beliau terpaksa berbuat demikian demi membentuk kerajaan yang stabil, mereka wajar hanya diberikan kerusi menteri yang kurang penting.
Beliau memahami situasi yang perlu dihadapi Anwar di mana beliau perlu mengotakan janjinya untuk tidak berkompromi dalam soal integriti pada masa sama memerlukan sokongan individu utama dari UMNO-BN untuk mengukuhkan kedudukannya.
KABINET PERPADUAN NASIONAL 2023
Melihat kepada ketidakstabilan yang berlaku ketika waktu pentadbiran pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di mana ketua-ketua parti termasuk UMNO tidak berada di dalam Kabinet.
“Masalahnya ialah bila keputusan dibuat tentang dasar-dasar kerajaan, sokongan dan penglibatan kesemua parti politik tidak dijamin.
“Jadi apa yang kita boleh saksikan selepas itu ialah pihak-pihak politik dari luar Kabinet dan luar kerajaan akan mengkritik kerajaan.
“Saya nampak kenapa ia penting untuk Anwar mempertimbangkan Ahli Parlimen yang menghadapi kes mahkamah pada masa ini,” katanya dalam program Agenda AWANI pada Khamis.
Maka oleh hal demikian, kata Maha, jawatan yang tidak melibatkan portfolio yang substantif boleh diberikan kepada individu terbabit untuk memastikan cukup untuk mereka terlibat dalam pembuatan keputusan oleh kerajaan.
Itu juga jelas Maha sebagai langkah untuk mengawal pemberian kuasa kepada seseorang yang menghadapi kes-kes jenayah untuk mengurangkan risiko kemungkinan penyalahgunaan kuasa.
Kalaupun terpaksa, individu kes mahkamah boleh diberi jawatan bukan substantif - Pakar Parlimen
Topic Berkaitan
#kabinet
#Anwar Ibrahim
#kes mahkamah
#Pantau Kerajaan Baharu
#PM10
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan