awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Reman suspek kes letupan di Nilai disambung seminggu
Roma intai peluang bersatu semula dengan Mo Salah
Akmal Rizal kecewa KRW FC gagal manfaat peluang, tewas 0-1 kepada Kuching City
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kalimah Allah: Aziz Bari buat laporan polis

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
20/03/2021
07:18 MYT
Kalimah Allah: Aziz Bari buat laporan polis
Abdul Aziz Bari menunjukkan salinan laporan polis yang dibuat beliau di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Ipoh pada Sabtu. - Gambar Astro AWANI
IPOH: Naib Pengerusi DAP Perak, Abdul Aziz Bari membuat laporan polis berhubung satu poster kononnya beliau dan DAP punca kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebing Tinggi itu membuat laporan di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Ipoh di sini, pada Sabtu.
Abdul Aziz berkata, beliau menerima maklumat mengenai poster itu daripada pegawai medianya ketika berada di rumahnya sekitar pukul 10 malam tadi.
Menurutnya, beliau membuat laporan itu untuk meminta pihak polis menyiasat siapa di belakang penularan poster itu yang turut mengaitkan Syahredzan Johan dan Dr Azmi Sharom.
“Saya menjangka isu ini akan terus panas sebab sudah ada pihak yang memainkan isu ini dalam Facebook dan sebagainya,” katanya kepada media selepas membuat laporan polis itu.
Poster yang tular di media sosial itu turut mengaitkan keputusan yang dibuat Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Nor Bee Ariffin menggunakan afidavit-afidavit ketiga-tiga pemimpin DAP itu.
Abdul Aziz menegaskan, DAP tidak terlibat dalam kes itu kerana beliau mengemukakan afidavit mengenai perkara itu kira-kira lima tahun lalu atas kapasitinya sebagai pakar Perlembagaan.
Sehubungan itu, beliau berharap isu ini dapat ditangani dengan baik dan yang lebih penting agar tidak ada pihak yang meletakkan undang-undang di tangan mereka sendiri.
Topic Berkaitan
#Aziz Bari
#abdul aziz bari
#Naib Pengerusi DAP Perak
#laporan polis
#Kalimah Allah
#bukan Islam
#ADUN Tebing Tinggi
#Syahredzan Johan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan