awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kalimah Allah: Perhalusi kesan tarik balik rayuan mahkamah - Sultan Johor

Muhammad Aiman Hakeem
Muhammad Aiman Hakeem
24/05/2023
07:51 MYT
Kalimah Allah: Perhalusi kesan tarik balik rayuan mahkamah - Sultan Johor
Titah baginda, kesan-kesan daripada keputusan itu perlu diperhalusi dengan cermat kerana ia berkait rapat dengan isu yang berada dalam sempadan agama Islam dan sentimen umat Islam negara ini.
JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menitahkan agar Kerajaan Persekutuan memperhalusi semula tindakan menarik balik rayuan yang difailkan di Mahkamah Rayuan berhubung isu penggunaan kalimah Allah.
Titah baginda, kesan-kesan daripada keputusan itu perlu diperhalusi dengan cermat kerana ia berkait rapat dengan isu yang berada dalam sempadan agama Islam dan sentimen umat Islam negara ini.
Baginda turut menasihatkan agar peraturan, tindakan kawalan, penguatkuasaan dan penyelarasan tentang kalimah Allah mesti diperincikan tanpa menjejaskan fatwa dan enakmen negeri, supaya keharmonian dan perpaduan masyarakat majmuk terus terpelihara.
"Di negeri Johor, fatwa yang diwartakan pada 4 Jun 2009 jelas menyatakan bahawa penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam adalah tidak diharuskan, tidak dibenarkan, serta ditegah dan dilarang.
"Negeri ini juga mempunyai Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama-Agama Bukan Islam 1991 yang melarang penggunaan kalimah-kalimah yang dikhususkan secara eksklusif untuk umat Islam dan tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam kecuali dalam keadaan atau amalan yang dibenarkan oleh perundangan, seperti dalam senikata Lagu Bangsa Johor.
"Saya tetap berpendirian bahawa penerbitan, percetakan, penyiaran dan pengedaran sebarang bahan yang mengelirukan rakyat, terutamanya umat Islam, tidak akan dibenarkan di negeri Johor selari dengan kedudukan Islam di dalam Undang Undang Tubuh Negeri Johor 1895," titah baginda menerusi kenyataan media yang dikeluarkan pada Rabu.
Terdahulu, kerajaan Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan bahawa penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah Allah, baitullah, kaabah dan solat dalam penerbitan bahan agama Kristian bagi tujuan pembelajaran.
Keputusan Mahkamah Tinggi itu dibuat pada 10 Mac 2021, selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman seorang wanita beragama Kristian, Jill Ireland Lawrence Bill, yang memohon perisytiharan mengenai hak Perlembagaannya berhubung penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan agama berkenaan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilapor berkata, tindakan kerajaan menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan oleh penganut Kristian, juga tidak bercanggah dengan keputusan Majlis Raja-Raja.
Topic Berkaitan
#Sultan Johor
#Kalimah Allah
#Kerajaan Perpaduan
#larangan di Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan