MALAYSIA
Kamera badan PDRM curi tumpuan delegasi ASEAN di AMMTC ke-19
Anggota Polis Bahagian Pencegahan Jenayah Keselamatan Komuniti, Chewan Norhafiza Chewan Setia menunjukkan kamera badan polis yang dipamerkan di reruai pameran sempena Mesyuarat AMMTC ke-19, di Melaka, hari ini. --fotoBERNAMA
MELAKA: Kamera badan atau body worn camera (BWC) Polis Diraja Malaysia (PDRM) menarik perhatian delegasi ASEAN ketika dipamerkan sempena Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Jenayah Rentas Sempadan (AMMTC) ke-19 sekali gus mempamerkan kecanggihan teknologi yang digunakan anggota barisan hadapan negara.
Ringkasan AI
Pegawai Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman ASP Mohd Daniel Mohd Razali berkata pameran itu bertujuan memberi pendedahan kepada pengunjung mengenai keistimewaan teknologi berkenaan serta menekankan signifikannya dalam memperkukuh tugas kepolisian di lapangan.
"Tadi ada wakil polis dari Thailand yang menunjukkan minat walaupun mereka juga mempunyai BWC tersendiri. Namun, mereka mengagumi BWC Malaysia yang mempunyai ciri-ciri keselamatan lebih canggih.
"Antara ciri keselamatannya, anggota tidak boleh mengubah, memadam atau menyalahgunakan data rakaman, jadi perwakilan polis (Thailand) ini turut mengambil input dan inspirasi daripada langkah-langkah keselamatan yang kita laksanakan," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata teknologi itu membantu menimbulkan kesedaran dalam kalangan anggota, menyebabkan mereka bertindak lebih berhati-hati ketika bertugas, selain turut berfungsi menyediakan bukti kukuh dalam kes jenayah dan tatatertib.
Mohd Daniel berkata BWC dapat mengurangkan aduan salah laku terhadap anggota hingga 20 peratus sekali gus meningkatkan integriti dan keyakinan awam terhadap agensi itu.
"Kami pamerkan BWC ini kerana ia banyak mencatat kejayaan untuk PDRM. Malaysia antara pelopor penggunaan teknologi itu.
"Melalui pameran itu kita dapat mengetengahkan kepada negara lain bagaimana teknologi terkini digunakan untuk memastikan ketelusan anggota ketika bertugas di lapangan," katanya.
Beliau berkata PDRM melaksanakan projek perintis BWC dengan 1,376 unit di Lembah Klang pada Jun hingga Ogos tahun lepas, diikuti fasa penuh sebanyak 7,648 unit bermula Sept 2024 hingga Feb 2025.
Penggunaan penuh BWC bagi Unit Kereta Peronda (MPV) dan Rondaan Bermotosikal (URB) pula bermula pada Mac tahun ini, dengan latihan berterusan hingga Disember depan dan kini diwajibkan untuk semua anggota barisan hadapan.
Melaka menjadi tumpuan serantau apabila menteri-menteri dan pegawai kanan ASEAN yang bertanggungjawab dalam keselamatan serta pembanterasan jenayah rentas sempadan berhimpun dari 8 hingga 12 Sept bagi menghadiri AMMTC ke-19 dan mesyuarat berkaitan.
AMMTC ke-19 serta mesyuarat berkaitan diadakan bersempena Kepengerusian ASEAN 2025 bertemakan "Keterangkuman dan Kemampanan", mencerminkan komitmen negara untuk membina komuniti ASEAN yang lebih selamat dan makmur.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Kamera badan (BWC) PDRM menarik perhatian delegasi ASEAN di AMMTC ke-19 kerana ciri keselamatan canggih yang memastikan rakaman tidak boleh dipadam atau disalahguna.
- Teknologi ini membantu kurangkan aduan salah laku anggota hingga 20%, meningkatkan integriti, keyakinan awam serta menyediakan bukti kukuh dalam kes jenayah dan tatatertib.
- PDRM kini mewajibkan penggunaan BWC untuk semua anggota barisan hadapan, selepas projek perintis berjaya dan diperluas dengan ribuan unit di seluruh negara.