awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Kami ada gelaran ayahanda, abang long tapi kami bukan samseng' - Pekemim

Sinar Harian
Sinar Harian
13/03/2018
04:14 MYT
'Kami ada gelaran ayahanda, abang long tapi kami bukan samseng' - Pekemim
Hari keluarga dan ukhwah Pekemim Parlimen Machang berlangsung meriah di Kampung Padang Selising, semalam. - Foto Sinar Harian
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Islam Prihatin Malaysia (Pekemim) bukan kumpulan samseng atau berpuak-puak dengan kepentingan tertentu sebagaimana digambarkan sesetengah masyarakat.
Pengerusi Pekemim Parlimen Machang, Noraziminazuwal Nordin berkata, sekalipun mengunakan gelaran ayahanda, abang long, abang chik dan sebagainya namun ia hanyalah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang bertujuan mengeratkan hubungan antara masyarakat tanpa mengira umur dan latar belakang.
Katanya, terdapat pelbagai pandangan masyarakat mengenai pertubuhan tersebut terutamanya apabila melihat kepada penggunaan istilah 'ayahanda' bagi pengerusi pertubuhan di satu-satu kawasan.
"Sebab itu apabila ada aktiviti, kami akan libatkan masyarakat setempat dalam usaha memberi pendedahan kepada mereka sekaligus mengeratkan hubungan.
"Pekemim sentiasa mengalu-alukan penyertaan masyarakat yang mana bertujuan membina ukhwah dan hubungan baik antara satu sama lain di kalangan masyarakat Islam di seluruh negara," katanya kepada Sinar Harian pada hari keluarga dan ukhwah Pekemim Parlimen Machang di Kampung Padang Selising, di sini, semalam.
Majlis tersebut berlangsung meriah dengan penyertaan kira-kira 3,000 pengunjung yang terdiri daripada ahli dan masyarakat setempat.
Topic Berkaitan
#abang long
#Badan Bukan Kerajaan
#gelaran ayahanda
#kumpulan samseng
#machang
#NGO
#Noraziminazuwal Nordin
#Pekemim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan