awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Kami ajak balik, dia tak mahu'

Sinar Harian
Sinar Harian
04/03/2022
09:38 MYT
'Kami ajak balik, dia tak mahu'
Baizura berkata, mangsa, Misha, bersungguh-sungguh mahu tidur di biliknya di kilang terbabit ketika diajak pulang pada malam sebelum kejadian. - Foto Sinar Harian
SUNGAI PETANI : Ibu angkat kepada kanak-kanak perempuan yang rentung dalam kebakaran di sebuah kilang awal pagi Jumaat memberitahu telah mengajak mangsa pulang tidur di rumah, namun ditolak.
Nur Baizura Abu Bakar, 33, berkata, mangsa, Misha Kasih, 11, bersungguh-sungguh mahu tidur di biliknya di kilang terbabit ketika diajak pulang pada malam sebelum kejadian.
"Saya dan suami (Mohd Ridzuan Mohtar, 36) jumpa Misha sebelum pulang dari kilang, namun dia tetap mahu bermalam di situ.
"Bilik dia macam-macam ada dan selesa sebab majikan sudah anggap dia macam cucu sendiri. Dulu mak dia pun kerja di sini tetapi sudah balik Indonesia sebab tamat tempoh permit," katanya.
Mohd Ridzuan berkata, dua anaknya berusia 10 dan tujuh tahun ada juga meminta untuk bermalam di kilang berkenaan semalam memandangkan di rumah tiada bekalan air, tetapi tidak jadi.
BACA: Kanak-kanak perempuan rentung dalam kebakaran kilang getah sintetik
"Misha tetap tak mahu balik, selalunya musim cuti sekolah, dia balik tidur di rumah tetapi semalam dia tak mahu sebab pagi ini (Jumaat) katanya akan jumpa ibu balik, sebab isteri saya sepatutnya datang kerja macam biasa," katanya.
Jelasnya, semasa kejadian, mangsa ada menghubungi mereka kira-kira jam 4 pagi, namun panggilan itu hanya disedari selepas Subuh.
"Dia sempat lagi telefon isteri masa kejadian mungkin panik atau takut. Saya pula tidur lewat malam sebab tunggu bekalan air sampai, memang tak sedar, pagi ni kami dapat berita mengejutkan, dia dah tiada," katanya.
Artikel asal ini diterbitkan di portal Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Nur Baizura Abu Bakar
#Misha Kasih
#kilang terbakar
#Mohd Ridzuan Mohtar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan