awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Kami hilang tempat mengadu" - Adik mangsa letupan kapal

Bernama
Bernama
05/08/2024
06:20 MYT
"Kami hilang tempat mengadu" - Adik mangsa letupan kapal
Ibu kepada Allahyarham Muhamad Firdaus, Rokiah Hassan, 70, menyiram air di pusara anaknya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Jay, hari ini. - Bernama
BAGAN SERAI: "Kami adik-beradik selalu mengadu dan jadikan dia sebagai tempat rujukan sejak ayah kami meninggal dunia (pada) 2011 lalu," kata Muhamad Shazarul Abdull Fatah, 32, adik kepada Allahyarham Muhamad Firdaus Abdull Fatah yang terkorban dalam insiden letupan membabitkan sebuah kapal di perairan Samalaju, Bintulu, Sarawak, Jumaat lepas.
Muhamad Shazarul juga menyifatkan Muhamad Firdaus, yang merupakan anak keenam daripada sembilan beradik, sebagai seorang abang yang bertanggungjawab terhadap adik-beradik lain terutama apabila melibatkan urusan keluarga.
"Memang arwahlah yang menjadi tempat kami luahkan apa jua yang berkaitan keluarga, sebarang keputusan pun kami akan tanya pendapat atau pandangan beliau walaupun kami berjauhan.
"Arwah adalah abang yang baik dan penyabar selain banyak membantu keluarga malah sangat disenangi oleh anggota keluarga lain, kami kehilangan seorang lagi abang selepas pemergian abang sulung lelaki (anak kelima) kami pada 2016 lalu," katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.
Terdahulu jenazah Muhamad Firdaus, 36, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Jay, di sini, kira-kira 7.25 pagi tadi.
Sementara itu, seorang lagi adik Allahyarham, Muhamad Amirul Syafiq Abdull Fatah, 28, berkata beliau tidak menyangka abangnya itu akan 'pulang' ke kampung lebih awal.
"Arwah ada maklumkan pada kami dia akan balik bercuti pada minggu hadapan selepas kali terakhir berjumpa dengan beliau pada Aidilfitri lalu, beliau begitu gembira untuk pulang ke kampung kali ini.
"Kami tidak sangka pula nantikan kepulangan itu berkaitan kepulangan jenazahnya ke kampung hari ini, kami reda atas pemergian arwah," katanya.
Menurutnya Allahyarham tidak menunjukkan sebarang kelakuan atau tanda pelik namun sering meminta maaf setiap kali berangkat ke Bintulu.
Dalam kejadian letupan bilik enjin kapal Icon Amara pada 10.40 malam itu, dua anggota kru maut manakala seorang parah.
Selain Allahyarham, yang merupakan penolong jurutera, turut terkorban George Ngilah, 24, dari Sibu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#letupan kapal
#Sarawak
#Bintulu
#keluarga mangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan