KUALA LUMPUR: Duta Palestin ke Malaysia Walid Abu Ali berkata apa yang mereka mahukan adalah gencatan senjata yang berkekalan dan mewujudkan koridor kemanusiaan segera.
Beliau turut menggesa masyarakat antarabangsa memberi tekanan kepada Israel supaya menghentikan pencerobohannya terhadap rakyat Palestin di Gaza dan pendudukan di Tebing Barat, sambil menambah bahawa rejim Israel tidak akan pernah menghentikan kekejamannya terhadap rakyat Palestin.
"Pagi ini, mereka menyerang Tulkarem di Tebing Barat yang diduduki di sebelah Utara. Serangan Israel menyasarkan semua rakyat Palestin di Gaza dan Tebing Barat. Mereka percaya bahawa satu-satunya rakyat Palestin yang baik adalah rakyat Palestin yang sudah meninggal dunia.
"Kerajaan (Presiden Amerika Syarikat) Joe Bidenlah yang sepatutnya menghalang (Perdana Menteri Israel) Benjamin Netanyahu daripada membunuh penduduk Palestin yang tidak bersalah itu," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Seri Wong Chun Wai di Kedutaan Palestin di sini pada Rabu.
Kerajaan Israel dan Hamas pada Rabu bersetuju untuk mengadakan genjatan senjata selama empat hari dengan Qatar sebagai pengantara.
Kementerian Luar Qatar berkata tempoh permulaan gencatan senjata itu akan diumumkan dalam tempoh 24 jam akan datang, tertakluk kepada pelanjutan.
"Kebimbangan utama Benjamin Netanyahu kononnya untuk membebaskan "tebusan". Tetapi saya (Walid) memanggil mereka tahanan bukan tebusan kerana terdapat 7,000 rakyat Palestin yang ditahan di penjara Israel," katanya.
Beliau berkata apa yang menjadi persoalan mengapa hanya tahanan mereka sahaja penting, adakah ribuan rakyat Palestin yang ditahan itu tidak penting.
Duta itu menekankan bahawa manusia tidak boleh berpecah-belah dan mengapa rakyat Palestin diberikan layanan yang tidak adil oleh masyarakat antarabangsa sedangkan rakyat Palestin mempunyai hak untuk menentang pendudukan Israel.
Beliau juga menggesa masyarakat antarabangsa supaya memberi tekanan kepada Israel untuk mewujudkan koridor kemanusiaan yang selamat untuk penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal di Gaza yang sedang bersiap sedia untuk menghadapi musim sejuk.
Walid menekankan bahawa hampir 1.5 juta rakyat Palestin dipaksa berpindah ke wilayah selatan Gaza, dan terpaksa berdepan cuaca buruk dan kehilangan tempat tinggal.
"Komuniti antarabangsa mesti memaksa Israel membenarkan koridor kemanusiaan dan membenarkan bantuan luar seperti ubat-ubatan, air, makanan, bahan api dan semua keperluan asas kemanusiaan ke Gaza," katanya.
Sekurang-kurangnya 14,128 rakyat Palestin telah dibunuh dalam serangan berterusan Israel ke atas Gaza sejak 7 Okt, termasuk 5,600 kanak-kanak dan 3,500 wanita.
Selain itu, 218 rakyat Palestin dilaporkan terbunuh di Tebing Barat.
Duta itu juga menasihatkan rakyat Malaysia supaya menyalurkan sumbangan mereka kepada perjuangan Palestin melalui akaun bank yang sah yang diuruskan oleh Kementerian Luar Malaysia (Wisma Putra) dan bukan melalui pihak ketiga.
"Pada masa ini, Wisma Putra adalah satu-satunya entiti yang dibenarkan untuk menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza melalui Bulan Sabit Merah Mesir dan Bulan Sabit Merah Palestin," katanya.
Beliau berkata rakyat Malaysia yang prihatin juga boleh menghulurkan bantuan kepada rakyat Palestin di negara ini, khususnya pelajar yang terputus hubungan dengan keluarga di Gaza.
"Keluarga mereka tidak lagi boleh menaja mereka di Malaysia dan beberapa universiti telah memulakan projek untuk membantu pelajar Palestin yang menghadapi masalah kewangan," katanya.
Pada masa ini, terdapat 4,000 rakyat Palestin di Malaysia, termasuk 1,000 orang yang sedang melanjutkan pengajian.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 22 2023
Walid Abu Ali menggesa masyarakat antarabangsa memberi tekanan kepada Israel supaya menghentikan pencerobohannya terhadap rakyat Palestin di Gaza. - Gambar fail
PDRM siap siaga kawalan keselamatan sempena WTD, WTC - KPN
PDRM sentiasa bersiap siaga dalam aspek keselamatan terutama membabitkan acara berskala besar peringkat antarabangsa seperti World Tourism Day (WTD) dan World Tourism Conference (WTC).
Mayat kanak-kanak lemas ditemukan di pesisir pantai Bachok
Pencarian kanak-kanak lelaki yang hilang selepas terjatuh di Pantai Kandis, Bachok berakhir apabila mayatnya ditemukan 11.15 pagi ini, kira-kira enam kilometer dari tempat kejadian.
Fokus Minggu Depan: Apa seterusnya untuk Syria?
Prof Dr Kamaruzaman Yusoff, Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Lubang benam di Jalan Lojing-Gua Musang kerana faktor cuaca - Alexander
Kejadian lubang benam di laluan FT185 Seksyen 78.60 Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, ekoran cuaca buruk.
Taufan terburuk dalam 100 tahun landa Mayotte, Perancis
Taufan kuat, 'Chido', melanda Mayotte pada awal Sabtu dan menimbulkan kebimbangan mengenai skala kemusnahan daripada ribut terburuk yang melanda wilayah luar dari Perancis dalam tempoh hampir satu abad, kata pihak berkuasa.
Angka korban meningkat kepada 44,930
Angka korban rakyat Palestin akibat serangan tidak berperikemanusiaan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 44,930 orang dengan 106,624 yang lain dilaporkan cedera.
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
PKR tingkat jumlah perwakilan bagi 6 jawatan tertinggi parti
PKR meminda Perlembagaannya dengan meningkatkan jumlah perwakilan yang akan mengundi bagi enam jawatan tertinggi parti serta 20 anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
UNICEF gesa tindakan segera ketika kanak-kanak di Gaza terus jadi mangsa
UNICEF menyeru tindakan segera pada lewat Jumaat ketika kanak-kanak di Semenanjung Gaza terus menghadapi pertumpahan darah setiap hari, lapor Agensi Anadolu.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
37 rakyat Palestin maut dalam serangan udara di Gaza
Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Perhimpunan Agung PBB tuntut gencatan senjata segera dan tanpa syarat di Gaza
Resolusi yang turut menekankan keperluan akses kemanusiaan segera, diluluskan dengan sokongan 158 undi, sembilan undi menentang dan 13 berkecuali.
UNRWA seru masa depan adil, bermaruah untuk rakyat Gaza
Ini termasuk hak pendidikan untuk 600,000 kanak-kanak Gaza yang terpaksa berhenti sekolah.
Netanyahu beri keterangan di mahkamah kes rasuah, pecah amanah
Netanyahu didakwa menerima hadiah daripada rakan-rakan jutawannya, serta meminta kelonggaran penguatkuasaan bagi beberapa syarikat media.
Qatar sambung usaha pengantaraan gencatan senjata Gaza selepas jeda sebulan
Sheikh Mohammed menegaskan, keputusan Qatar kembali ke meja rundingan didorong oleh momentum baharu, terutamanya selepas pemilihan Presiden AS.
Penduduk Gaza hampir tidak dikenali akibat luka terbakar
Keadaan bertambah buruk apabila rawatan diperlukan mangsa juga tidak dapat diberikan akibat kesesakan di hospital dan fasiliti kesihatan.
Koridor kemanusiaan di Gaza perlu dibuka segera
Pembukaan semula koridor pemindahan adalah penting bagi membolehkan pihaknya menyediakan rawatan penting.