Kementerian Wilayah Persekutuan diminta menarik balik cadangan pembinaan projek perumahan kondominium mewah di Kampung Datuk Keramat yang berharga hampir RM1 juta di lokasi berkenaan.
Pengerusi Penganjur Perhimpunan Aman Himpunan NGO Penduduk Keramat, Norham Shazali berkata pembinaan itu akan menafikan hasrat penduduk yang mahu Projek Perumahan Rakyat (PPR) atau pembinaan Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP).
"Bagaimana Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) boleh meluluskan pembinaan kondominium mewah ini? Pasti penduduk di sini tidak dapat memiliki rumah ini yang berharga hampir RM1 juta.
"Kawasan ini pada asalnya di cadangkan untuk pembinaan PPR atau RUMAWIP namun apa yang berlaku sekarang sebaliknya," katanya semasa sidang media selepas himpunan aman penduduk Kampung Datuk Keramat membantah pembinaan kondominium mewah di sini hari ini.
Dalam pada itu kata Norham, hasil siasatan penduduk setempat turut mendapati kontraktor pembinaan yang diberi kuasa membangunkan kondominium mewah itu adalah daripada syarikat tidak bertauliah.
"Kelulusan ini hanya mengambil masa yang sangat singkat tanpa mengambil kira pandangan masyarakat setempat dan sensitiviti kawasan untuk pembangunan yang bersebelahan Masjid Mindef.
"Kawasan ini adalah tapak hijau pada asalnya. Jadi penduduk terkejut dengan pengumuman cadangan pembangunan ini tanpa sebarang notis atau papan tanda yang dinaikkan. Kita juga sudah membuat laporan polis mengenai dakwaan pencerobohan itu," jelasnya.
"Lokasi ini pada asalnya adalah untuk PPR atau kos rendah. Penduduk asal di kawasan ini pernah memohon dengan Pejabat Tanah dan Galian untuk mendapatkan lot tanah sebaliknya ditolak. Kini kawasan ini dijadikan kawasan hijau dengan penanaman 1,000 pokok dalam program sebelum ini," ujarnya.
Norham turut memberi amaran untuk mengadakan perhimpunan aman ulangan seandainya permintaan penduduk Datuk Keramat itu tidak ditunaikan.
"Kami mengecam tindakan Kementerian Wilayah dan DBKL ini. Kami juga tidak teragak-agak untuk mengadakan perhimpunan ulangan di hadapan Kementerian Wilayah jika suara kami tidak didengar," katanya.
Kira-kira 1,000 penduduk hadir pada perhimpunan aman berkenaan.
Wan Syamsul Amly
Sun Oct 11 2015
Pembinaan itu akan menafikan hasrat penduduk yang mahu PPR atau pembinaan RUMAWIP di sana. - Gambar Astro AWANI/WAN SYAMSUL AMLY
TH diarah siasat 300 jemaah haji terkandas di Mekah - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata Lembaga Tabung Haji (TH) telah diarah untuk menyiasat insiden 300 bakal jemaah terkandas di Mekah akibat terpedaya dengan pakej haji murah yang ditawarkan agensi pelancongan tidak bertanggungjawab.
Golongan muda paling ramai sertai program
Golongan muda antara yang paling ramai menyertai Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ini, yang akan berlangsung selama enam hari bermula 23 Mei di Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah di Kuantan.
Hayati perjuangan, jangan alpa kuasa dimiliki - Anwar
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua ahli terutama generasi muda supaya menghayati perjuangan parti dan tidak alpa dengan ‘kuasa’ yang dimiliki apabila menjadi pemerintah.
10 Berita Pilihan - (11 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Mei 2024.
Tumpuan Ahad - 12 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia dipilih semula sebagai Ahli Majlis Eksekutif Pertubuhan Larangan Senjata Kimia 2024-2026
Penggal berkenaan akan bermula daripada 12 Mei 2024 sehingga 11 Mei 2026.
Lawatan Anwar perkukuh hubungan dua hala Malaysia-Qatar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melakukan lawatan rasmi ke Qatar dari 12 hingga 14 Mei untuk mengukuhkan lagi hubungan dan kerjasama di antara Malaysia dan Qatar di dalam pelbagai aspek, kata Kementerian Luar (Wisma Putra).
Guru didakwa kasari murid ditempatkan di pejabat pendidikan daerah
Seorang guru lelaki di sebuah sekolah agama di Pontian yang didakwa melakukan kekasaran terhadap sekumpulan murid akan ditempatkan di Pejabat Pendidikan Islam daerah.
Remaja bawah umur bersalah bunuh 23 penghuni tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah
Pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan yang munasabah atas kesemua 23 pertuduhan membunuh, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Nasib remaja didakwa bunuh 23 pelajar tahfiz diketahui hari ini
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azman Abdullah dijadualkan membuat keputusan itu pada 2.30 petang.
Tertuduh hisap ganja, main snuker sebelum kebakaran tahfiz - Saksi
Saksi pembelaan ketiga berkata enam rakan termasuk tertuduh datang ke rumahnya sebelum mereka bersama-sama menaiki motosikal ke sebuah pondok di Datuk Keramat untuk menghisap ganja.
Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah dibuka semula untuk solat Jumaat
Kini hampir dua tahun telah berlalu tragedi meruntun hati rakyat Malaysia melibatkan kebakaran di pusat tahfiz itu yang telah meragut 23 nyawa pelajar dan tenaga pengajar.
Suspek tampar pemandu wanita ditahan reman hingga Selasa
Suspek ditahan kira-kira jam 10 malam pada hari kejadian di Kampung Datuk Keramat.
Panglima TLDM ke-13, Tan Sri Ilyas Din, meninggal dunia
Bekas Panglima TLDM Tan Sri Ilyas Din meninggal dunia pada jam 10.10 malam Jumaat, akibat sakit jantung.
Bakar pusat tahfiz: Dua suspek dituduh membunuh
Pertuduhan terhadap kedua-dua suspek itu dibaca di hadapan Majistret Siti Radziah Kamarudin bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Waspada penculik guna van putih - Polis
Polis menasihati orang ramai supaya berhati-hati jika ternampak van putih di lokasi mencurigakan susulan kes cubaan culik kanak-kanak berumur 10 tahun.
'Jangan bantutkan pembangunan ibu kota dengan isu tanah Kg Datuk Keramat' - Pemuda WP
Isu mengenai sebidang tanah di Kampung Datuk Keramat yang ingin dibangunkan dengan pangsapuri mampu milik dan Rumawip merupakan isu terpencil yang tidak harus diperbesarkan.
'Bincang isu tanah Kampung Datuk Keramat secara tertutup' - Nong Chik
Semua pihak berkenaan harus membuat perbincangan secara tertutup sebarang isu mengenai sebidang tanah kontroversi di Kampung Datuk Keramat.