awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Kami minta kerajaan segera buat sesuatu, tebing sungai dah terlalu hampir' - Mangsa banjir

Raja Hisyam Raja Zaid
Raja Hisyam Raja Zaid
24/12/2021
05:09 MYT
'Kami minta kerajaan segera buat sesuatu, tebing sungai dah terlalu hampir'  - Mangsa banjir
Antara longgokan kayu balak dan runtuhan bangunan yang memenuhi ruang kawasan kediaman di Hulu Langat susulan kejadian banjir. - Astro AWANI
HULU LANGAT: Penduduk yang juga mangsa banjir di Hulu Langat Batu 17, kini bimbang dengan keadaan tebing yang terhakis akibat banjir.
Tinjauan Astro AWANI mendapati dakwaan itu sememangnya berasas kerana didapati keadaan tebing sungai di sepanjang daerah berkenaan bukan sahaja terlalu hampir dengan kediaman mereka yang sedang dibersihkan, malah hanya kurang dari dua meter dari jalan raya di beberapa tempat.
Keadaan ini menggusarkan mangsa banjir yang masih berharap kediaman mereka di tepi tebing tersebut masih boleh diselamatkan.
"Kami harap kerajaan segera lihat isu ini kerana ini di luar kemampuan kami atau NGO dan sukarelawan. Ia (tebing) dah terlalu hampir dan saya tak dapat bayangkan andai sekali lagi hujan lebat berlaku.
"Seandainya berlaku seperti sebelum ini saya rasa habislah harapan kami yang berumah di tepi sekitar kawasan sungai ini," jelas Norhayati Hussein yang ketika ini sibuk membersihkan kediamanya yang turut terjejas akibat bencana banjir yang berlaku.
Antara longgokan kayu balak dan runtuhan bangunan yang memenuhi ruang kawasan kediaman di Hulu Langat susulan kejadian banjir. - Astro AWANI
Antara longgokan kayu balak dan runtuhan bangunan yang memenuhi ruang kawasan kediaman di Hulu Langat susulan kejadian banjir. - Astro AWANI
Selain itu juga lebih banyak jentera berat seperti jentolak diperlukan oleh kebanyakan pemilik kediaman bagi mengalihkan sebahagian besar kayu balak hanyut yang terkumpul di sekitar tebing sepanjang sungai berkenaan.
Sebahagian besar longgokan kayu balak itu berada berdekatan kediaman penduduk di sini dalam keadaan mereka tidak mampu menyewa jentolak untuk menglihkanya.
Ia merencatkan kerja-kerja pembersihan yang sedang giat dilakukan oleh pelbagai pihak di sekitar kediaman mangsa banjir di Hulu Langat.
Topic Berkaitan
#banjir
#tebing sungai
#longgokan balak
#jentolak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan