awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kami tidak guna daging anjing ganti kambing seperti didakwa 'Udin Diraja' - Presma

Astro Awani
Astro Awani
16/12/2016
11:12 MYT
Kami tidak guna daging anjing ganti kambing seperti didakwa 'Udin Diraja' - Presma
Datuk Khadar Shah Abdul Razak pada sidang media menegaskan pihaknya kesal dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab dan menjelaskan isu itu yang viral di media sosial tidak berlaku di Malaysia. - Foto Astro AWANI
Persatuan Pengusaha Restoran Islam Malaysia (Presma) menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa restoran India Muslim di Malaysia menggunakan daging anjing bagi menggantikan daging kambing dalam makanan.
Timbalannya, Datuk Khadar Shah Abdul Razak menegaskan pihaknya kesal dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab dan menjelaskan isu itu yang viral di media sosial tidak berlaku di Malaysia.
Sebaliknya kejadian berkenaan berlaku di Tamil Nadu, India dan ia disiarkan secara meluas oleh portal dan saluran televisyen di negara tersebut.
Justeru itu, beliau mendesak pengguna Facebook dikenali sebagai ‘Udin Diraja’ yang menyebarkan maklumat palsu itu memohon maaf secara terbuka dan menarik balik posting berkenaan dalam tempoh tiga hari.
“Persatuan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang dan saya juga memberi jaminan makanan yang disediakan restoran India Muslim di Malaysia adalah 100 peratus halal dan menerima pensijilan halal daripada pihak Jakim,” katanya dalam satu sidang media di restorannya di sini, hari ini.
Sumber Facebook
Sumber Facebook
Pada masa sama, satu laporan polis dibuat bagi menyiasat individu terlibat yang disifatkan mencemarkan imej pengusaha nasi kandar dan restoran India Muslim di negara ini.
Topic Berkaitan
#beriyani anjing
#beriyani kambing
#Persatuan Pengusaha Restoran Islam Malaysia
#PPRIM
#Presma
#Tamil Nadu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan